Harian Metro

A

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

da tiga kumpulan masyarakat Orang Asli utama di Semenanjun­g Malaysia iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli yang tinggal bertaburan di beberapa negeri.

Daripada tiga kumpulan itu, Senoi adalah kumpulan terbesar dengan populasi paling besar berbanding suku kaum lain.

Mereka dianggap etnik luar biasa kerana mempunyai kepelbagai­an adat dan budaya unik termasuk kepercayaa­n animisme warisan nenek moyang yang masih diamalkan sehingga ke hari ini walaupun sudah menerima arus kemodenan.

Buktinya melalui cara kehidupan sekumpulan Orang Asli di Kampung Sungai Rensak Batu 7, Jalan Cameron Highlands, Perak yang mengekalka­n tradisi lama dalam kehidupan mereka.

Bagi komuniti terbabit, persekitar­an hutan adalah sinonim dengan kehidupan mereka kerana banyak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia