Harian Metro

Bawa balik makanan elak bazir

-

saudara saya bekerja di dewan makan sebuah kolej. Pada hujung minggu, biasanya ramai pelajar keluar ke bandar atau pulang ke rumah. Kadangkala, lauk dan kuih yang disediakan untuk makan malam pelajar tidak habis.

Lebihan makanan itu kemudianny­a dibawa balik ke rumah dan ada kala diberikan kepada jiran-jiran. Adakah perbuatan itu salah kerana dikira mengambil hak orang lain?

Junaidi, Gombak

melarang umatnya mengambil hak seseorang dengan cara salah atau batil. Firman Allah

SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil...” (Surah anNisaa’, ayat 29)

Allah SWT juga melarang umat Islam membazir dengan firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur terhadap Tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 27)

Dua firman Allah SWT itu boleh mengimbang­i masalah berkenaan. Kita tidak boleh mengambil hak orang lain dengan cara yang salah.

Bagi memperbetu­lkan keadaan, hendaklah meminta izin daripada pihak pengurusan atau atasan untuk mengambil lebihan makanan itu untuk diagihkan.

Rancanglah dengan sebaik-baiknya supaya tidak memasak secara berlebihan. Sudah tentu perkara yang berulang kali seperti lebihan makanan itu boleh diatasi dengan perancanga­n yang baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia