TIGA KAEDAH DOA TAWASSUL

Harian Metro - - Muka Depan -

yang dimaksudkan dengan tawassul? Saya pernah dengar, seseorang boleh bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukannya iaitu memohon agar Allah

SWT makbulkan doanya atau dijauhkan daripada perkara bahaya atas sebab amal soleh yang dilakukannya.

Mohon penjelasan ustaz.

Pak Ngah Mentakab, Pahang

tawassul ialah perbuatan mendekatkan diri atau memohon kepada Allah SWT melalui wasilah (perantara) yang memiliki kedudukan baik di sisiNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan carilah jalan yang mendekatkan diri (wasilah) kepadaNya.” (Surah al-Maidah, ayat 35)

Terdapat manusia menggunakan kaedah tawassul berbanding memohon terus kepada Allah untuk memohon hajat supaya diperkenan.

Menggunakan kaedah atau barang seperti jin, patung berhala, kubur mahupun peralatan dan orang yang sudah meninggal dunia adalah dilarang. Mereka percaya ia boleh memperkenankan permintaan. Perkara itu jelas haramnya.

Namun, terdapat tiga kaedah tawassul yang dibolehkan. Tawassul dengan amal soleh seperti dilakukan tiga pemuda yang tersekat di dalam gua lalu bertawassul kerana melakukan kebajikan, akhirnya mereka terlepas dari gua berkenaan.

Boleh rujuk hadis yang panjang mengenai perkara berkenaan.

Diharuskan bertawassul dengan nama-nama Allah yang baik sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka berdoalah kepada-Nya dengan menyebut asmaaul husna itu,” (Surah alA’raaf, ayat 180)

Diharuskan juga memohon didoakan daripada orang soleh yang masih hidup sebagaimana dilakukan Saidina Umar dengan berkunjung kepada Saidina Ibnu Abbas untuk memohon doa minta hujan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.