Bersabun, syampu sebelum mandi wajib

Harian Metro - - Muka Depan -

ada kemusykilan berhubung cara mandi wajib. Sebelum ini, saya memberus gigi, sabunkan badan dan bersyampu sebelum berniat mandi wajib. Saya yakin segala kekotoran yang ada pada anggota badan sudah dibersihkan sebelum itu.

Jadi, ketika mandi wajib saya cuma menyiram air ke badan seperti biasa tanpa terlalu banyak menggosokgosok anggota badan seperti pelipat, lubang hidung, lubang telinga dan pusat. Adakah sah mandi wajib saya sekiranya dilakukan sedemikian?

Izat, Senawang, Negeri

Sembilan

mandi wajib dua saja iaitu niat dan meratakan air ke seluruh anggota badan. Namun, ada perkara yang disunatkan sehingga perbuatan mandi wajib itu sempurna.

Perbuatan mandi yang sempurna ditunjukkan Rasulullah SAW. Daripada Ibn ‘Abbas, beliau berkata: Maimunah berkata: “Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib.

Baginda menyiram kedua-dua tangan serta membasuhnya dua atau tiga kali. Seterusnya, Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri).

Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian memasukkan air ke dalam hidung dan mulut, kemudian mengeluarkannya. Seterusnya, Baginda membasuh muka, kedua-dua tangan serta membasuh kepalanya sebanyak tiga kali. Selepas itu, Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian berpindah dari tempat itu dan mencuci kedua-dua kakinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sebelum mandi wajib, hilangkan najis dan sebarang benda yang boleh menghalang air untuk sampai ke anggota badan. Maka, basuh anggota badan dengan air bersih, kemudian berwuduk sehingga semuanya bersih.

Kemudian niat mandi dan ratakan air ke seluruh badan. Jika tersentuh kemaluan dengan perut jari, maka wuduk akan terbatal. Oleh itu sah mandi wajib hanya menyiram air dengan syarat tiada lagi halangan menyebabkan air untuk sampai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.