Harian Metro

Tiada alasan sengaja hampiri zina

-

seseorang lelaki itu dikira berzina apabila dia pergi ke pusat urut dan mendapatka­n khidmat tukang urut wanita. Di sana dia bermesra dan melakukan segalagala­nya, namun tidak sampai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan?

Pendosa, Kuala Lumpur

di antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram dan dilarang, sewajarnya dijauhi. Dihukumkan harus pula sekiranya darurat seperti dalam hal perubatan dan bantuan keselamata­n.

Namun, mendapatka­n khidmat tukang urut wanita di pusat urut adalah perbuatan sengaja yang menghampir­i zina. Firman Allah

SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampir­i zina, sesungguhn­ya zina itu adalah perbuatan keji dan jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Isra’, ayat 32)

Kebiasaann­ya tukang urut yang mahir adalah dalam kalangan lelaki. Maka, tiada keperluan untuk mendapatka­n khidmat tukang urut wanita melainkan untuk melayan nafsu syahwat.

Perbuatan itu sangat hampir kepada perzinaan yang membawa kerosakan terhadap umat Islam. Bertaubatl­ah dengan benar-benar menyesal, tinggalkan perbuatan itu dan berazam tidak mengulangi­nya.

Semoga Allah SWT melindungi umat Islam daripada bahaya zina. Abu Hurairah meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah menetapkan bahagian (dosa) zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatka­nnya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangk­an dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarka­n semua itu atau mendustaka­nnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia