Harian Metro

Ilmu bukan setakat segulung ijazah

-

Setiap tahun lahir puluhan ribu graduan baharu. Menggengga­m segulung ijazah adalah kejayaan bermakna kerana mampu melangkah ke menara gading.

Alhamdulil­lah, kita mempunyai ramai golongan muda Islam yang menjadi kebanggaan dan harapan masyarakat. Kegembiraa­n itu turut dirasai masyarakat luar yang sangat menantikan golongan terpelajar itu menyumbang­kan kembali sesuatu kepada mereka.

Golongan mahasiswa adalah harapan dan modal insan bagi memacu serta menggerakk­an keseimbang­an negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Jatuh bangunnya sebuah masyarakat pada masa hadapan juga bergantung kepada sumbangan golongan berilmu seperti mahasiswa. Alangkah sedihnya sekiranya kita hanya cemerlang di universiti, namun tidak mampu memberikan sebarang sumbangan kepada masyarakat.

Ulama ada mengatakan, sebaik-baik manusia ialah mereka yang mampu memberikan manfaat kepada orang lain.

Lihatlah tokoh anak muda hebat seperti Ibnu Abbas. Beliau seorang ternama dan sangat besar sumbangann­ya dalam dunia pendidikan Islam.

Kerana beliau jugalah banyak hadis dan sunah Rasulullah

SAW diketahui dan tersebar ke segenap negeri. Ketika beliau meninggal dunia, saat itu umat Islam benar-benar kehilangan seorang yang berkemampu­an dan pengetahua­n luar biasa. Abu Hurairah ketika menggambar­kan rasa kehilangan­nya mengatakan, “Hari ini sudah wafat ulama umat.”

Tokoh seperti itulah yang sangat dinantikan dan menjadikan Islam dijulang tinggi. Semangat beliau membantu perjuangan Islam cukup hebat.

Walaupun muda, ciri-ciri seorang berjiwa besar sudah dikesan ketika beliau masih kecil. Benarlah kata Imam Ghazali, dalam karyanya Ihya’ Ulumuddin, “Sebaik-baik pemuda adalah pemuda yang menyerupai orang tua di antara kalian.”

Hinggakan beliau diberi kepercayaa­n oleh Saidina Umar untuk menghadiri mesyuarat penting bersama pimpinan besar untuk membincang­kan isu besar.

Kisah itu direkodkan di dalam kitab Hadis Riyadhus Solihin. Ia memberi inspirasi kepada anak muda, khususnya golongan terpelajar untuk bercita-cita menjadi manusia berjiwa besar dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Kita tidak boleh memandang ilmu setakat memiliki segulung ijazah, malah manusia berjiwa besar akan memikirkan lebih jauh daripada itu.

Anak muda yang benar-benar mantap berani turun ke medan sebenar dengan memberikan sumbangan kepada orang ramai. Contohilah Nabi Ibrahim yang menjadi manusia bermanfaat kepada ummah sehingga dipuji Allah SWT dalam Surah alNahl, ayat 120 yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orangorang yang memperseku­tukan (Tuhan).”

Ayat itu dapat dijadikan formula kekuatan kepada kita supaya sentiasa berusaha menjadi manusia bermanfaat kepada orang lain.

Susuk tubuh Nabi Ibrahim satu tetapi Allah SWT menyebut di dalam al-Quran menggambar­kan baginda ibarat satu ummah kerana banyak kebaikan yang dilakukann­ya.

Justeru, penting buat setiap graduan tanya pada diri, adakah kehadiran mereka bermanfaat atau bertambah mudarat di mata masyarakat?

Antara tanda ilmu itu mendapat keberkatan ialah ia dapat memberi manfaat kepada ummah. Untuk menjadi manusia yang bermanfaat pada agama, kita haruslah mempunyai ilmu.

Seperti kata ulama,

“Sekiranya kita inginkan dunia, maka kita perlu ada ilmu, sekiranya kita inginkan akhirat juga perlu ada ilmu dan sekiranya kita ingin kedua-duanya seharusnya kita perlu ada ilmu.”

Setiap graduan perlu berusaha, bersemanga­t untuk terus meningkatk­an ilmu serta beramal dengan ilmu yang dipelajari.

Pandanglah dengan rahmah, Ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia