Harian Metro

IDAM MUKA BAHARU

- Agensi

Seorang budak lelaki berusia lima tahun yang hilang wajah akibat kebakaran rumahnya ketika masih bayi menulis kepada Santa Claus meminta diberikan muka baru sebagai hadiah Krismas.

Bakhtiyer Sindrov mengalami kecederaan serius apabila rumah keluargany­a di sebuah kampung di Uzbekistan musnah dalam kebakaran, lima tahun lalu. Dia yang ketika itu masih bayi tidur di katilnya di sebelah pendiangan.

Dia tidak dapat membuka mulut selama beberapa tahun dan makan melalui tiub mengakibat­kan giginya reput.

Rakan keluarga, Olga Ryabeva berkata: “Kejadian berlaku ketika dia masih terlalu kecil. Wajah, kepala, leher dan tengkuknya terbakar. Memang dia seolah-olah cair hidup-hidup.”

Wajahnya terlalu cacat hingga ibu bapanya menutupnya menggunaka­n selimut setiap kali membawanya keluar.

Susulan itu, sempena Krismas tahun ini, Bakhtiyer yang kini tinggal di Talgar, Kazakhstan menulis kepada Santa meminta dihadiahka­n wajah baharu supaya boleh ke sekolah sama seperti kanak-kanak lain.

Bakhtiyer yang tidak pandai menulis meminta ayahnya menulis surat itu bagi pihaknya dengan berkata: “Helo Santa Claus! Saya terbakar ketika masih kecil. Muka saya hilang akibat kebakaran dan sejak itu saya terpaksa menyorok daripada orang lain kerana mereka takut pada saya.

“Saya sendiri pun takut melihat diri sendiri dalam cermin. Saya tiada hidung, telinga dan rambut.

“Ibu berkata saya tidak akan bersekolah. Saya sering kesakitan, namun tidak menangis. Tetapi ibu selalu menangis.

“Santa Claus, tolonglah bagi saya wajah baru. Saya janji tidak akan menangis lagi sepanjang hidup saya. Saya cuma mahu menjadi seperti kanak-kanak lain.”

Surat itu dihantar kepada badan kebajikan Ya Ryadom di Almaty.

Sejak setahun lalu, Bakhtiyer menerima rawatan di klinik MedIndia, India, dengan bantuan badan kebajikan itu, keluarga dan rakan yang menderma.

Dia menjalani pembedahan rekonstruk­tif membentuk bibir, gigi dan kelopak mata baharu. Pada Julai lalu, doktor memasukkan implan ke lehernya untuk meregangka­n kulitnya.

Susulan itu, hujung bulan ini kulit yang diregangka­n itu akan digunakan untuk menggantik­an bahagian wajahnya yang ‘cair’ sepenuhnya dalam kebakaran itu.

 Budak ‘hilang’ wajah dalam kebakaran ketika masih bayi

buat permintaan menyayat hati kepada Santa Claus

 ??  ?? DOKTOR memasukkan implan
ke leher Bakhtiyer untuk meregangka­n kulitnya. - Daily Mail BAKHTIYER hilang wajah malah tidak dapat membuka mulut selama beberapa tahun. - Daily Mail BAKHTIYER bersama seorang rakan keluarga. - Daily Mail
DOKTOR memasukkan implan ke leher Bakhtiyer untuk meregangka­n kulitnya. - Daily Mail BAKHTIYER hilang wajah malah tidak dapat membuka mulut selama beberapa tahun. - Daily Mail BAKHTIYER bersama seorang rakan keluarga. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia