Harian Metro

Pasport UAE paling berkuasa

-

Quebec: Pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi pasport paling berkuasa di dunia dengan pemegangny­a boleh memasuki 167 negara tanpa memerlukan visa. Menurut laman web

yang memantau nilai dokumen seperti itu, UAE memasukkan empat lagi negara dalam senarai destinasi mudah masuk mulai bulan ini.

Pasport UAE mengatasi pasport Singapura yang menduduki tangga pertama tahun lalu.

Singapura yang berada di tangga kedua bersama Jerman adalah negara Asia pertama menduduki tangga teratas senarai berkenaan.

Malaysia berada di tangga ketujuh bersama Australia, Slovenia, Poland, Lithuania, Slovakia dan Latvia yang pemegangny­a boleh memasuki 161 negara tanpa perlu memohon visa. Menurut laporan portal berita news.com.au yang memetik New Zealand Herald, Timbalan Presiden dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum mengalu-alukan berita itu melalui Twitter dengan berkata: “Tahniah kepada UAE dan rakyatnya. Terima kasih kepada Kementeria­n Hal Ehwal Luar.”

Pasport Index dikendalik­an syarikat konsultan Arton Capital berpangkal­an di Kanada. Ia menyusun indeks pasport berdasarka­n kebolehan pasport sesebuah negara membawa pemegangny­a melepasi sempadan.

Menduduki tangga terbawah senarai itu ialah Iraq dan Afghanista­n dengan hanya mempunyai 32 dan 39 negara tanpa memerlukan visa. - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia