Harian Metro

Ratusan perusuh jaket kuning ditahan

-

Paris: Polis Perancis menahan hampir 300 orang, semalam menjelang tunjuk perasaan baru ‘jaket kuning’ yang dikhuatiri bertukar ganas untuk minggu ketiga berturut-turut.

Peserta tunjuk perasaan itu memakai jaket kuning yang diwajibkan kerajaan disimpan dalam semua kenderaan di Perancis.

Menurut AFP, ribuan penunjuk perasaan melakukan bantahan termasuk merusuh dan membakar di jalan raya sekitar Paris terutama sekitar Champs-Elysees berikutan cadangan kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron menaikkan cukai minyak serta menuntut golongan kaya dikenakan cukai lebih besar.

Walaupun kenaikan cukai berkenaan dibatalkan, penunjuk perasaan berterusan melakukan bantahan, menuntut lebih banyak tindakan kerajaan termasuk kenaikan gaji, kos tenaga yang murah, menambah baik faedah persaraan dan peletakan jawatan presiden.

Kira-kira 89,000 anggota keselamata­n terutama polis dikerah di seluruh negara dengan 8,000 anggota dihantar ke Paris yang turut melakukan pemeriksaa­n terhadap penumpang di stesen kereta api dan lokasi bantahan sebelum menahan mereka disyaki kerana membawa topeng, penukul dan batu.

Reuters melaporkan, Macron yang tidak bercakap kepada umum selepas mengutuk rusuhan berkenaan ketika sidang kemuncak G20 di Argentina minggu lalu akan memberikan ucapan kepada seluruh rakyat awal minggu depan.

Beliau melawat sekumpulan anggota polis di berek mereka di luar Paris, petang semalam. - Agensi

 ??  ?? POLIS pencegah rusuhan Perancis bersedia hadapi perusuh jaket kuning dekat Arc de Triomphe di Paris, semalam. - AFP
POLIS pencegah rusuhan Perancis bersedia hadapi perusuh jaket kuning dekat Arc de Triomphe di Paris, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia