Harian Metro

Urus niaga dengan Iran punca ditahan

-

Vancouver: Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei, Meng Wanzhou, 46, menghadapi tuduhan menipu kerana urus niaga dengan Iran yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat.

Ketika sebutan kesnya di mahkamah Kanada semalam, untuk ikat jamin, Peguam Negara Kanada, John Gibb- Carsley meminta hakim menolak permohonan ikat jamin.

Beliau memberi alasan Wanzhou mengadakan ‘konspirasi untuk menipu beberapa institusi kewangan’ yang jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara lebih 30 tahun.

Anak perempuan pengasas Huawei itu ditahan kerajaan Kanada di Vancouver pada 1 Disember lalu ketika pertukaran pesawat dari Hong Kong ke Mexico atas permintaan ekstradisi oleh Amerika Syarikat.

Pendengara­n kesnya berlangsun­g selama sehari, semalam, ditangguhk­an hingga Isnin ini, sebelum hakim dijangka membuat keputusan jaminan. Sehingga itu, dia kekal dalam tahanan.

Menurut pendakwa, Wanzhou dituduh berbohong kepada sebuah bank Amerika berhubung penggunaan anak syarikat rahsia, SkyCom untuk berurusan dengan Iran.

SkyCom dikatakan melakukan pelanggara­n itu sejak 2009 hingga 2014. - AFP

 ??  ?? LAKARAN Wanzhou ketika perbicaraa­n, semalam. - Reuters
LAKARAN Wanzhou ketika perbicaraa­n, semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia