Harian Metro

RANGKAK TIMBA ILMU

- Agensi

Kecacatan langsung tidak menghalang semangat seorang kanak-kanak mengejar ilmu apabila sanggup merangkak sejauh 3.2 kilometer setiap hari ke sekolah.

Dengan tangannya dipakaikan selipar, Mukhlis Abdul Kholik, lapan, dari satu perkampung­an di Sukabumi, Jawa Barat merangkak ke sekolah melalui jalan tidak rata setiap hari kerana tiada bas untuk membawanya ke situ.

Dia yang dipanggil Adul dilahirkan dengan kecacatan yang menjejaska­n kakinya.

Daily Mail menyiarkan video Adul yang memakai kasut pada kakinya dan selipar di tangannya ditemani seorang budak lelaki dan wanita untuk ke sekolah.

Menurut gurunya, Adul antara pelajar paling pintar dan bersemanga­t serta gigih bersaing dengan rakan sekelas tidak kira ketika belajar atau bermain.

Guru besar sekolahnya, Epi Mulyadi berkata: “Dia sangat aktif setiap hari walaupun mempunyai kekurangan dari segi fizikal.”

Satu hajat Adul adalah untuk menemui Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang akhirnya menjadi kenyataan pada Hari Kurang Upaya Antarabang­sa pada 3 Disember lalu.

 Budak cacat kaki guna tangan ‘jalan’ 3.2km ke sekolah setiap hari

 ??  ?? ADUL merangkak ke sekolah setiap hari. - Daily Mail
ADUL merangkak ke sekolah setiap hari. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia