Harian Metro

Tengok filem jadi perompak

-

Bangkok: Seorang bekas pemain bola sepak profesiona­l yang ditangkap kerana menyamun emas bernilai lebih 6 juta baht mengaku ‘bertukar kerjaya’ apabila terpengaru­h dengan beberapa filem ditontonny­a ketika menganggur.

Nanthakorn Khaoprai, 27, bekas penjaga gol Kelab Bola Sepak Nan ditahan bersama sebahagian emas berkenaan di rumah isterinya, Jumaat lalu kerana disyaki menyamun kedai emas di Muang pada 5 Disember lalu, lapor Bangkok Post.

Ketika disoal siasat, Nanthakorn mengaku bertindak sendirian dengan memantau

aktiviti seharian di kedai berkenaan termasuk pekerjanya selama lebih seminggu. Antara perkara diperhatik­an adalah pemilik kedai meninggalk­an kunci di luar pintu di belakang kedai berkenaan untuk memudahkan pekerjanya masuk.

Susulan itu, dia membeli kunci serupa dan menunggu masa sesuai untuk menukarkan­nya dengan yang asal. Pada 4 Disember lalu, dia menggunaka­n kunci berkenaan untuk masuk ke kedai terbabit dan mencuri beberapa rantai yang dibawa ke rumah sewanya.

Sebahagian emas itu sempat dijual dengan nilai 300,000 baht (RM) sebelum dia ditahan. Ketika disoal siasat, Nanthakorn mengaku mencuri kerana tiada kerja apabila dipecat dari kerjanya di sebuah syarikat kewangan kerana disyaki mencuri kereta.

Ketika menganggur dia menghabisk­an masa menonton filem terutama berkenaan rompakan seterusnya memberinya idea untuk mencari wang. - Agensi

 ??  ?? NANTHAKORN mengaku mencuri emas ditahan Jumaat lalu ketika disoal siasat pihak berkuasa. - Agensi
NANTHAKORN mengaku mencuri emas ditahan Jumaat lalu ketika disoal siasat pihak berkuasa. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia