Harian Metro

‘SAYA ADA MASA SAMAI SCHUMI’

- Reuters

 Hamilton buru lebih banyak kejayaan bersama Mercedes

Lewis Hamilton kini memburu lebih banyak kejayaan bersama Mercedes AMG PETRONAS selepas menerima trofi kelimanya selaku juara Formula Satu pada majlis anugerah anjuran Persekutua­n Automobil Antarabang­sa (FIA), awal pagi semalam.

Pemandu paling berjaya Britain dan individu ketiga yang meraih sekurang-kurangnya lima gelaran itu juga memenangi undian media untuk anugerah personalit­i terbaik - seterusnya menafikan seteru terdekat, Max Verstappen buat kali keempat berturut-turut.

“Ia sesuatu yang hebat,” kata pemandu berusia 33 tahun itu kepada hadirin yang berkumpul di Grand Hall di St Petersburg Philarmoni­a, selepas Presiden FIA, Jean Todt menyerahka­n trofi kepadanya.

Ditanya sama ada dia berhasrat untuk menyamai rekod tujuh kejuaraan dilakar Michael Schumacher,

(gambar)

Hamilton berkata, dia tidak pernah meletakkan sasaran sebegitu.

Dia bagaimanap­un menyatakan mempunyai jangka masa yang agak lama untuk cuba melakukann­ya.

“Saya baru saja mengikat kontrak untuk tempoh dua tahun lagi... jadi saya gembira untuk tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya yang meraih 11 kemenangan daripada 21 perlumbaan tahun ini.

“Namun sekarang ini, saya gembira perlumbaan sudah berakhir.

“Tahun depan pasti lebih sengit, musim bertambah panjang. Saya tidak tahu sejauh mana kemampuan saya, ketika ini dua tahun dilihat bagus untuk saya.

“Namun saya masih seronok berlumba jadi saya akan beraksi lebih lama. Siapa tahu?”

Sementara itu, prinsipal Mercedes, Toto Wolff turut hadir untuk menerima trofi pengeluar daripada Ketua Pegawai Eksekutif F1, Chase Carey - yang kelima berturut-turut buat pasukan.

Wolff dan pengerusi bukan eksekutif pasukan, Niki Lauda juga adalah penerima bagi anugerah khas presiden FIA namun juara dunia tiga kali itu tidak hadir susulan pembedahan pemindahan paru-paru.

“Beliau mengirimka­n salam, beliau sedang dalam proses pemulihan dan ia berlangsun­g dengan baik,” kata Wolff. “Beliau akan berada di sini pada masa akan datang.”

Charles Leclerc rakan sepasukan Sebastian Vettel di Ferrari tahun depan - dinobat selaku pelumba muka baharu terbaik buat musim kedua berturut-turut selepas meraih gelaran dalam saingan Formula Dua

(F2) 2017.

 ??  ?? HAMILTON (dua dari kanan) pada majlis anugerah anjuran FIA, semalam.
HAMILTON (dua dari kanan) pada majlis anugerah anjuran FIA, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia