Harian Metro

INTER KEMPUNAN

- AFP

 Mandzukic ledak gol tunggal kemenangan Juventus

Mario Mandzukic meledak gol tunggal kemenangan 1-0 sekali gus membantu Juventus membantutk­an cabaran Inter Milan untuk mendahului Serie A dengan jurang 11 mata.

Inter kendalian Luciano Spalletti yang menghuni tangga ketiga kini ketinggala­n 14 mata selepas kekalahan pada pertemuan tetangga d’Italia itu, serta memberi tamparan hebat kepada harapan mereka untuk memburu gelaran pertama sejak 2010.

Juventus yang belum tewas kini mengumpul 43 mata daripada 15 perlawanan – 11 mata mengatasi Napoli di tangga kedua yang akan bertemu pasukan kelompok bawah Frosinone hari ini – dan satu-satunya perlawanan yang menyaksika­n pendahulu itu tercicir mata ialah ketika seri di laman sendiri menentang Genoa.

Tandukan pemain skuad naib juara Piala Dunia, Mandzukic pada minit ke-66 yang berpunca daripada hantaran bekas pemain Inter, Joao Cancelo sudah cukup untuk menjadi pemisah aksi di Stadium Allianz.

“Mandzukic antara pemain yang walaupun bukan pada prestasi terbaiknya, masih mampu mencetus impak dalam perlawanan,” kata pengendali Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Kami sedar kejuaraan tidak berakhir hari ini, tapi kami masih perlu mengelak daripada kekalahan.”

Inter mensia-siakan deretan peluang pada babak pertama dalam usaha mereka memburu kemenangan pertama di Turin sejak November 2012.

Anak buah Spalletti kini berdepan aksi Liga Juara-Juara menentang PSV Eindhoven di San Siro, Selasa ini.

Juventus sudah mengesahka­n tempat ke pusingan kalah mati menjelang kunjungan ke laman Young Boys di Switzerlan­d pertengaha­n minggu depan.

 ?? Massimilia­no Allegri ?? Mandzukic antara pemain yang walaupun bukan pada prestasi terbaiknya, masih mampu mencetus impak dalam perlawanan.” MANDZUKIC (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. Juventus mengatasi Inter Milan 1-0.
Massimilia­no Allegri Mandzukic antara pemain yang walaupun bukan pada prestasi terbaiknya, masih mampu mencetus impak dalam perlawanan.” MANDZUKIC (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. Juventus mengatasi Inter Milan 1-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia