Harian Metro

Wembley ‘kekal’ gelanggang Spurs

-

London: Mauricio Pochettino menyifatka­n Stadium Wembley sebagai ‘gelanggang terbaik di dunia’ bagi aksi bola sepak meskipun masih kecewa dengan penantian lama Tottenham untuk berpindah ke stadium baharu mereka.

Pertahanan Spurs, Danny Rose minggu ini meluahkan kekecewaan­nya dengan tempoh lanjutan kelab di stadium kebangsaan itu dengan kebanyakan penyokong Tottenham turut bersetuju apabila hanya 33,000 hadir menyaksika­n kemenangan mereka ke atas Southampto­n, pertengaha­n minggu ini.

Namun, Pochettino yang pernah beraksi di Stadium Wembley bersama Argentina pada 2000, dilihat mempertaha­nkan laman sendiri sementara kelab itu.

“Sekiranya anda bertanya kepada saya, sudah pasti saya amat gembira beraksi di Wembley,” katanya.

“Saya lahir di Argentina. Apabila saya mendengar mengenai England buat kali pertama, semuanya berkisar masalah di Falklands.

“Kemudian apabila saya tiba di Eropah, apabila saya bermain Piala Dunia menentang England, apabila kami tiba di Southampto­n enam tahun lalu, sudah tentu saya mengubah pemikiran saya mengenai England.”

Pochettino, pasukan kendaliann­ya kini berada di tangga ketiga dalam saingan Liga Perdana Inggeris berkata, bermain di Wembley sering menjadi impian.

“Kami berkata ‘satu perlawanan lagi, betapa bertuahnya kami’,” katanya. “Bagi saya, ini tempat terbaik di dunia untuk bermain bola sepak. “Sudah tentu selepas kami berkongsi dengan stadium baharu kami nanti akan ada dua tempat terbaik untuk bermain, stadium baharu kami di White Hart Lane dan Wembley.”

- AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia