Harian Metro

‘Ada cubaan sabotaj City’

-

Manchester, England: Pep Guardiola yakin Manchester City tidak akan digantung daripada Liga Juara-Juara susulan siasatan ‘fair play’ kewangan (FFP) selepas menerima pendapat daripada senior kelab itu.

Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin menjanjika­n satu tindakan ‘segera’ berhubung penilaian terhadap tuduhan City sudah melanggar peraturan FFP. Majalah Jerman, Der Spiegel menerbitka­n maklumat yang dikatakan diterima daripada Football Leaks, November lalu, dengan menyatakan City sudah memeterai satu ikatan tajaan bagi mengelak peraturan yang mengehadka­n sebanyak mana kewangan yang boleh disalurkan ke dalam kelab.

City membalas dakwaan laporan itu dengan berkata, terdapat satu percubaan ‘teratur dan jelas’ untuk merosakkan reputasi kelab dan e-mel yang mendedahka­n tuduhan itu jelas diperoleh secara haram.

Kelab berdepan penggantun­gan daripada menyertai mana-mana pertanding­an UEFA termasuk Liga Juara-Juara sekiranya didapati bersalah kerana melanggar peraturan FFP.

City pernah didenda 60 juta euro (RM284 juta) dan ia tertakluk kepada skuad, gaji dan perbelanja­an bagi penyelesai­an isu pada 2014 yang dipersetuj­ui dengan UEFA berikutan pelanggara­n peraturan sebelum ini.

Guardiola berkata, City akan menerima hukuman, tetapi tidak percaya ia akan berakhir sebegitu selepas beliau berbincang dengan pengerusi Khaldoon al Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ferran Soriano.

“Kami tidak akan digantung, tidak. Itu yang saya fikirkan kerana saya percaya dengan apa yang dijelaskan oleh pengerusi, CEO kepada saya. Saya percaya dengan mereka.

“Sekiranya berlaku kerana ia keputusan UEFA, kami akan menerimany­a.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia