Harian Metro

Ayuh undi jaringan Syahmi!

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Lumpur: Selepas membantu Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) 2016, kini khidmat rakyat Malaysia sekali lagi ditagih untuk membantu Syahmi Safari

Jaringan menarik yang dilakukan pertahanan kanan berusia 20 tahun itu pada separuh akhir kedua bertemu Thailand, Selasa lalu dicalonkan bagi Anugerah Gol Terbaik Separuh Akhir Piala AFF 2018.

Jaringan itu dihasilkan menerusi beberapa siri hantaran antara pemain negara tanpa sebarang gangguan daripada pemain Thailand sebelum pemain Selangor itu melepaskan rembatan dari hujung kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom pada minit ke-28.

Selain gol itu, tiga lagi jaringan turut dicalonkan bagi anugerah sama dengan penyokong boleh melakukan undian di pautan https://www.affsuzukic­up.com/ 2018/news/117general/1360-vote-semi-finals-goal-of-theround?utm_source=

(gambar).

Facebook-Post&utm_ medium=Social_ Media&utm_campaign=SF_Goal_Vote bagi memilih terbaik.

Gol pertama yang dicalonkan adalah jaringan ala kungfu yang dilakukan pemain Filipina, Patrick Reichelt ketika bertemu Vietnam dan tandukan pemain Thailand, Thithipan Puangchan yang terkena Irfan Zakaria pada perlawanan di Stadium Rajamangal­a.

Satu lagi jaringan yang dicalonkan adalah penyudah jarak dekat pemain Vietnam, Nguyen Quang Hai ketika separuh akhir kedua menentang Filipina.

Berdasarka­n pemerhatia­n kasar, hanya jaringan Reichelt yang dianggap boleh menandingi gol Syahmi memandangk­an

jaringan jaringan yang dilakukan dua pencabar lain disifatkan biasa.

Setakat jam 10 pagi semalam, sebanyak 108,580 undian sudah dilakukan dengan jaringan Syahmi mendahului kedudukan sebanyak 67.83 peratus selepas menerima 73,651 undian.

Jaringan Quang Hai berada di tempat kedua dengan 31.76 peratus menerusi 34,483 undian sementara Reichelt sebanyak 0.27 peratus (294 undian) dan Thithipan sebanyak 0.14 peratus (152 undian).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia