Harian Metro

‘Tangguh dulu minum-minum’ KORBAN DEMI NEGARA...

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tiada pesta besar-besaran disambut skuad Vietnam walaupun berjaya menamatkan penantian selama 10 tahun mereka untuk mara ke final Piala AFF.

Vietnam muncul juara buat kali pertama pada 2008 dan itulah kali terakhir mereka beraksi di pentas final selepas gagal meloloskan diri dalam empat edisi berikutnya, walaupun tiga kali melangkah ke separuh akhir.

Melihat kepada penantian selama sedekad, skuad Naga Emas yang dibimbing Park Hang-Seo seharusnya sudah boleh meraikan kejayaan mereka mara ke final pada edisi kali ini selepas mengatasi Filipina dengan agregat 4-2 di separuh akhir.

Sebaliknya, Naga Emas dilihat hanya akan berpesta besar-besaran sekiranya mereka berjaya menundukka­n Malaysia di final untuk menjuarai Piala AFF buat kali kedua.

Penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam berkata, pasukannya kini lebih memberi fokus untuk berdepan Malaysia pada aksi final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

“Tiada pesta atau minum-minum buat kami dan kami sudah meraikan di dalam bilik persalinan,” kata Van Lam.

“Sudah pasti kami sangat gembira apabila berjaya mara ke final, tapi sekarang ini kami perlu menumpukan kepada perlawanan seterusnya.”

Dalam dua pertemuan terakhir Piala AFF, Vietnam berjaya menundukka­n Malaysia pada aksi peringkat kumpulan – menang 1-0 pada 2016 dan 2-0 pada edisi kali ini.

Namun, jika melihat kepada rekod pertemuan dalam aksi timbal balik, ia jelas menjadi milik Harimau Malaya apabila dua kali menyingkir­kan Naga

Emas di separuh akhir pada 2010 dan 2014.

Selain itu,

Van Lam turut mengakui

Harimau Malaya bakal tampil dengan persembaha­n berbeza berbanding ketika aksi peringkat

Kumpulan

A di Stadium My

Dinh, Hanoi, bulan lalu.

“Malaysia adalah pasukan yang bagus dan ia akan menjadi final yang hebat. Kami sudah berdepan mereka di peringkat kumpulan, jadi kami tunggu dan lihat bagaimana persiapan yang mahu dilakukan jurulatih,” katanya.

Kuala Lumpur

“Saya sedia bermati-matian untuk Malaysia... saya akan melakukann­ya kerana ia sangat berbaloi,” kata pemain naturalisa­si negara, Mohamadou Sumareh.

Pemain kelahiran Gambia itu mengaku keletihan selepas menamatkan enam daripada tujuh perlawanan di Piala AFF sejak 8 November lalu dan tidak mempunyai masa untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring yang memberi kesan terhadap prestasiny­a.

Namun, pemain sayap berusia 24 tahun itu lebih gembira berbuat demikian jika ia memberi makna yang besar dalam membantu Malaysia.

“Secara jujurnya kami keletihan ketika latihan dan di luar latihan, tapi bukan kami saja yang perlu menghadapi­nya, negara lain juga berdepan perkara sama. Kami perlu bekerja keras.

“Kami tidak mengadu yang kami keletihan tapi kami melakukan apa yang kami mampu,” kata Sumareh yang masih belum

meledak gol sepanjang Piala AFF.

“Ia sesuatu yang saya mahu berikan kepada penyokong Malaysia dan saya mungkin perlu menahan kesakitan serta kecederaan kerana saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah.

“Harap tahap kecergasan saya berada pada 100 peratus, tapi jika saya benar-benar tidak boleh beraksi, saya tahu pemain lain yang cergas dan boleh beraksi lebih baik.”

Sumareh berkata, kelemahan terbesar dihadapi Harimau Malaya dalam perlawanan separuh akhir menentang Thailand, Rabu lalu adalah kehilangan tumpuan dalam masa 90 minit perlawanan.

Dia mengakui Harimau Malaya memberi ruang buat Thailand mencipta peluang menjaringk­an gol dan berharap perkara sama tidak berlaku pada aksi final berdepan Vietnam pada Selasa dan 15 Disember ini.

“Saya fikir kami perlu memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang 90 minit kerana sekali kami hilang fokus, kami akan menerima padah,” katanya.

Berbaki dua perlawanan lagi, Sumareh yang belum menamatkan kemarau jaringan sepanjang kejohanan berkata, dia tidak kisah mengenai perkara itu sebaliknya kejayaan pasukan untuk menjulang trofi lebih penting.

 Sumareh tak hirau keletihan bagi pastikan Harimau Malaya bawa pulang trofi Piala AFF

 ?? Mohamadou Sumareh ?? AKSI pemain Vietnam Luong Xuan Truong (kiri) ketika mengekang pemain Filipina, Kevin Ingreso
pada separuh akhir. Saya fikir kami perlu memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang 90 minit kerana sekali kami hilang fokus, kami akan menerima padah”
Mohamadou Sumareh AKSI pemain Vietnam Luong Xuan Truong (kiri) ketika mengekang pemain Filipina, Kevin Ingreso pada separuh akhir. Saya fikir kami perlu memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang 90 minit kerana sekali kami hilang fokus, kami akan menerima padah”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia