Harian Metro

Kritikan netizen jadi motivasi Syamer

-

Kuala Lumpur: Ketika kempen Piala AFF bermula, Syamer Kutty Abba kerap dikritik dan ada yang mengatakan gandingann­ya bersama Akram Mahinan tidak menjadi tetapi kini, segala pandangan negatif itu mula berubah.

Begitupun, pemain tengah berusia 21 tahun itu enggan terbawa-bawa sebaliknya dia mengambil langkah untuk merendah diri dengan berkata masih banyak yang perlu dipelajari­nya.

“Pada mulanya, ramai yang mengkritik kami tetapi kami jadikan ia sebagai satu teguran positif. Kami menjadikan­nya sebagai motivasi untuk berusaha dan berada di kedudukan sekarang.

“Saya masih muda, banyak lagi yang perlu saya pelajari mengenai bola sepak. Saya perlu meningkatk­an diri dan apa yang saya harap di final ini ialah konsisten,” katanya.

Syamer yang pernah menjalani ujian bersama kelab Portugal, Vilaverden­se FC tahun ini berkata, dia bangga apabila berjaya mara ke final pada penampilan pertamanya di

Piala AFF.

“Ini kali pertama saya di Piala AFF dan kami layak ke final.

Sudah tentu saya gembira kerana kami layak hasil kerja keras kami sendiri,” katanya.

Pemain kelahiran Pulau Pinang yang pernah membarisi skuad B-20 dan B-23 kebangsaan itu berkata, pengalaman bertemu Vietnam di peringkat kumpulan akan digunakan sebaik mungkin di final nanti.

“Kami hanya perlu berusaha. Kami pernah bertemu mereka dan kali ini, kami memiliki lebih motivasi untuk mencatat keputusan lebih baik. Kami tak akan membiarkan lawan bergerak bebas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia