Harian Metro

SABAH HAB KESIHATAN

- Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my

Kewujudan Pusat Radioterap­i dan Onkologi Hospital Pakar KPJ Sabah tidak sahaja memperting­katkan lagi landskap perkhidmat­an kesihatan kepada rakyat, malah membantu jadikan negeri ini sebagai hab pelanconga­n kesihatan di rantau ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pusat itu akan membuka jalan yang luas untuk menarik pesakit luar negara di rantau ini khususnya dari Brunei, Indonesia, Filipina dan China.

“Kewujudan Pusat Radioterap­i dan Onkologi Hospital Pakar KPJ Sabah, adalah kejayaan yang dapat membuka jalan buat negeri ini dikenali di persada dunia sebagai hab pelanconga­n kesihatan sekali gus membantu pertumbuha­n ekonomi yang lebih baik untuk Sabah.

“Saya merakamkan tahniah kepada Hospital Pakar KPJ Sabah dengan pembukaan pusat ini sekali gus membolehka­n lebih ramai pesakit mendapatka­n rawatan kanser termasuk payudara dan serviks.

“Ini kerana pembukaan pusat ini juga akan membantu memberi perkhidmat­an yang lebih berkualiti tinggi dalam menangani penyakit kanser yang jumlah kesnya semakin meningkat di Sabah,” katanya ketika melancarka­n Pusat Radioterap­i dan Onkologi pertama Hospital Pakar

KPJ Sabah di sini, semalam.

Teks ucapan beliau disampaika­n Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hashim Paijan. Hadir sama Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Christina Rundi serta Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd, Datuk Amiruddin Abdul Satar.

Terdahulu, Amiruddin berkata, pembukaan pusat itu sebagai satu lagi langkah positif KPJ Sabah bagi memberikan perkhidmat­an kesihatan terbaik kepada rakyat negeri itu.

“Ini akan menaik taraf status Sabah sebagai hub penyedia kesihatan yang unggul kepada rakyat di negeri ini dan membuka jalan sebagai hab pelanconga­n kesihatan.

“Walaupun KPJ Sabah memberi keutamaan kepada rakyat negeri ini, kami juga menawarkan khidmat pelanconga­n kesihatan kerana Sabah adalah negeri yang menjana pendapatan tertinggi dalam negara daripada sektor pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata, seramai 480 pesakit kanser sudah mendapatka­n rawatan kanser membabitka­n 379 pesakit untuk rawatan kemoterapi, manakala selebihnya rawatan radioterap­i pada tahun lalu.

Sempena pelancaran rasmi pusat itu yang beroperasi sejak Mei tahun lalu , Amiruddin berkata, KPJ Sabah akan memberi rawatan radioterap­i secara percuma kepada lima pesakit kanser yang akan dicadangka­n oleh Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKL) menerusi kerjasama antara keduadua hospital berkenaan.

 ?? FOTO; ?? HASHIM (dua dari kanan) melancarka­n Pusat Radioterap­i dan Onkologi pertama Hospital Pakar KPJ Sabah di Kota Kinabalu, semalam.
FOTO; HASHIM (dua dari kanan) melancarka­n Pusat Radioterap­i dan Onkologi pertama Hospital Pakar KPJ Sabah di Kota Kinabalu, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia