Harian Metro

DAPAT JALAN RAYA

- Melvin Joni cnews@nstp.com.my

Kapit sebelum ini hanya dapat diakses guna sungai

Kapit, pusat pentadbira­n bahagian ketujuh Sarawak yang selama ini hanya dapat diakses menggunaka­n sungai, bakal dihubungka­n dengan jalan raya berturap dalam tempoh dua tahun lagi.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, beliau yakin penduduk Kapit dapat memandu ke daerah lain dalam tempoh itu berikutan kemajuan keseluruha­n kerja pembinaan projek Jalan Song-Kapit (Pakej 1) Jalan Nanga Ngemah/Nanga Temalat kini sudah mencapai tahap 11 peratus siap.

Selain itu, katanya, Jalan Belaga-Menjawah sepanjang 34 kilometer juga dijangka siap pada Mei 2020 apabila kerja pembinaann­ya berjalan dengan baik bawah pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

“Jalan itu juga akan melalui kawasan penempatan dan Sarawak Energy akan memasang tiang elektrik di sepanjang laluan ini yang secara tidak langsung menyediaka­n rumah panjang dengan kemudahan bekalan elektrik dari bandar Belaga atau sub-stesen di Bakun,” katanya selepas sesi taklimat bersama JKR Wilayah Tengah, semalam.

James yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata, Projek Jalan Akses Baleh sepanjang 73 kilometer juga bakal siap tidak lama lagi.

Menurutnya, projek yang dibahagika­n kepada tiga pakej itu yang masing-masing merangkumi 36 kilometer, 14 kilometer dan 22 kilometer kini dilaksanak­an dengan baik.

 ?? Dr James ?? Jalan itu akan melalui kawasan penempatan dan Sarawak Energy akan memasang tiang elektrik di sepanjang laluan ini”
Dr James Jalan itu akan melalui kawasan penempatan dan Sarawak Energy akan memasang tiang elektrik di sepanjang laluan ini”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia