Harian Metro

JPJ keluar 10 notis saman

-

Sebanyak 10 notis membabitka­n pelbagai kesalahan dikeluarka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Miri ketika operasi bersepadu di Kilometer 87 Jalan Miri-Bintulu, petang kelmarin.

Operasi bermula jam 1 tengah hari itu turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Miri dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) Miri.

Ketua pejabat JPJ Miri Misnan Tamini berkata, notis berkenaan membabitka­n kesalahan berkaitan kes mahkamah, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), dan Lesen Memandu Kompeten (CDL).

Menurutnya, sebanyak 62 kenderaan diperiksa membabitka­n 17 lori, 31 kereta dan selebihnya motosikal.

“Seramai 36 individu turut menjalani saringan air kencing dikendalik­an pihak AADK dan tiga daripada mereka disahkan positif dadah,” katanya.

Menurutnya, tiada kenderaan yang disita sepanjang operasi itu dan semua pemandu turut diberikan amaran tegas agar menepati undang-undang jalan

 ??  ?? ANGGOTA JPJ buat operasi bersepadu di Kilometer 87 Jalan Miri-Bintulu, semalam.
ANGGOTA JPJ buat operasi bersepadu di Kilometer 87 Jalan Miri-Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia