Harian Metro

Polis yakin selesai 74 kes jenayah

-

Miri: Polis yakin berjaya menyelesai­kan 74 kes jenayah di bandar raya ini dengan tertangkap­nya tiga lelaki di sebuah rumah di Taman Tunku di sini, kelmarin.

Semua yang ditahan itu berusia antara 32 sehingga 47 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada jam 4 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai terbabit dalam pelbagai kes pecah rumah, pecah kereta dan curi kenderaan.

“Hasil pemeriksaa­n polis menemui 13 telefon, sebuah kamera digital, monitor komputer, tiga tablet dan sebuah kereta Toyota Vios dipercayai hasil dari kegiatan jenayah itu,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut mendapati suspek dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 74 kes membabitka­n kegiatan pecah rumah, curi kenderaan dan pecah kereta di sekitar bandar raya ini sejak lebih dua bulan lalu.

“Semua suspek kemudianny­a dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? LELAKI yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tunku.
LELAKI yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tunku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia