Harian Metro

Syarmil yakin masa depan dalam IT

- Harun Yahya cnews@nstp.com.my

gentar dengan momokan masyarakat bidang teknologi maklumat (IT) ‘susah cari kerja’.

Abang Fairul Syarmil Abang Mohammad gigih mengorak langkah dalam bidang berkenaan dengan menghasilk­an pelbagai perisian dan sistem komputer baik untuk organisasi kecil mahupun syarikat korporat.

Syarmil yang kini bertugas sebagai

Eksekutif Kanan IT di sebuah universiti di Sibu berkata, pada 2009 hingga 2012, orang ramai mula menganggap bidang IT tidak lagi berkembang.

“Semuanya mula berubah sekitar 2013 apabila perubahan industri IT menyaksika­n banyak syarikat dan industri seluruh negara menuju ke era pendigital­an.

“Ketika itulah peluang pekerjaan atau perusahaan dan perkhidmat­an ‘orang IT’ berkembang pesat.

“Pasaran untuk pelajar IT kini memuncak sejak 2017 hingga 2018.

“Saya sendiri pernah membuat sistem antaranya sistem pengurusan masjid, sistem pengurusan tanah pusaka dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga mahu pelajar yang kini dalam pengajian IT agar memperguna­kan sepenuhnya peluang belajar di universiti untuk melakukan sebanyak mungkin percubaan, kajian, aplikasi dan sistem.

“Di universiti, fokuslah pada bidang yang diambil, buatlah sebanyak mungkin kerana di situlah peluang kita untuk mencuba dan gagal.

“Bila sudah berada dalam industri, kita tidak lagi mempunyai ‘kemewahan’ untuk cuba dan gagal. Kesilapan ketika bekerja tidak lagi boleh dibuat seperti zaman belajar,” katanya.

Syarmil yang juga Pengerusi Persatuan Graduan Bumiputera Sibu (PGBS) berkata, anak muda tidak lagi perlu takut jika mahu melanjutka­n pelajaran dalam bidang IT.

“Janganlah takut kerana bidang ini tidaklah serumit bidang perubatan. Apa yang penting mereka minat dan sanggup belajar pengaturca­raan dan penyelesai­an masalah kerana ini antara perkara utama dalam bidang ini.

“Jika orang kata bidang ini susah cari kerja, sebenarnya bidang inilah paling mudah memulakan perniagaan. Lihat syarikat seperti Facebook, aplikasi telefon pintar seperti WhatsApp, Tik Tok, Instagram, semuanya hasil daripada mereka yang pakar dalam bidang ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia