Harian Metro

T

- Mohd.rizal@nstp.com.my

idak senang duduk! Begitu dilema dihadapi lebih 500 penduduk di Taman Tunku dan Taman Ecopark setiap kali hujan lebat berterusan melanda bandar raya ini.

Ini kerana kawasan perumahan itu sering dilanda banjir kilat akibat limpahan air sungai berhampira­n.

Penduduk, Sulaiman Mustafa, 45, berkata, kejadian banjir kilat di kawasan perumahan itu bukan perkara baharu sebaliknya sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, sekiranya hujan lebat berterusan melebihi empat jam, kawasan perumahan berkenaan antara lokasi yang terjejas.

“Aras air meningkat sehingga 0.5 meter dan menenggela­mkan jalanjalan utama ke kawasan perumahan ini,” katanya.

Katanya, bukan itu saja, penduduk terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda dan barang berharga.

“Pada tahun lalu, kawasan ini dinaiki air sebanyak tiga kali dan sekali pada tahun ini,” katanya.

Katanya, keadaan itu membuatkan penduduk trauma dan tidak tenteram setiap kali hujan lebat berterusan.

“Kini, apabila berlaku hujan lebat berterusan, penduduk akan mengambil langkah awal dengan memindahka­n barangan berharga ke tempat selamat,” katanya.

Sementara itu, Jelina Sugom, 42, berkata, masalah banjir kilat itu dipercayai akibat masalah perparitan dan saliran yang kurang memuaskan.

“Sebelum ini, sudah ada projek tebatan banjir dilaksanak­an di kawasan ini tetapi masalah ini tetap berulang,” katanya.

 ??  ?? KENDERAAN terperangk­ap di dalam banjir.
KENDERAAN terperangk­ap di dalam banjir.
 ??  ?? PENDUDUK terpaksa bergelut mengharung­i banjir kilat sejak dua tahun lalu.
PENDUDUK terpaksa bergelut mengharung­i banjir kilat sejak dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia