Harian Metro

Cari kontraktor operasi dalam, lebar sungai

-

Miri: Sejumlah RM25 juta diperuntuk­kan kerajaan negeri bagi membendung masalah banjir kilat di Taman Tunku dan Taman Ecopark, di sini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee

Kim Shin berkata, sebanyak RM10 juta diperuntuk­kan bagi Taman Tunku, manakala selebihnya di Taman Ecopark.

Menurutnya, projek berkenaan membabitka­n operasi pendalaman sungai dan pelebaran parit sedia ada di kawasan perumahan itu.

“Tender projek berkenaan akan dibuka pada 15 Disember ini kepada kontraktor yang layak.

“Kontraktor dilantik diharap dapat menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh 15 bulan,” katanya.

Katanya, pelaksanaa­n projek itu diharap dapat mengatasi masalah banjir kilat di kawasan perumahan itu.

“Kerajaan amat prihatin dan memahami masalah yang dihadapi penduduk.

“Justeru, pelaksanaa­n projek ini diharap dapat melegakan hati penduduk,” katanya.

 ??  ?? LEE (tengah) ketika menghadiri mesyuarat projek atasi banjir di Taman Tunku dan Taman Ecopark di Majlis Bandaraya Miri.
LEE (tengah) ketika menghadiri mesyuarat projek atasi banjir di Taman Tunku dan Taman Ecopark di Majlis Bandaraya Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia