Harian Metro

ADIK BUNUH ABANG GUNA CANGKUK

Adik pukul abang kandung guna besi pencangkuk hingga mati

- Amirul Aiman Hamsuddin cnews@nstp.com.my

Akibat perselisih­an faham mengenai minyak enjin bot, seorang lelaki tergamak memukul abang kandungnya hingga mati di sebuah jeti di Jalan Lima, Bagan Sungai Besar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.15 petang, mangsa, Ng Bu Tong, 61, parah di bahu kanan selepas dipukul adiknya berusia 52 tahun menggunaka­n besi pencangkuk.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superinten­dan Nor Azmi Isa berkata, siasatan awal mendapati suspek sebelum itu bergaduh dengan mangsa mengenai minyak enjin bot.

“Disebabkan tidak berpuas hati, suspek menggunaka­n besi pencangkuk yang berada di lokasi kejadian dan memukul mangsa di bahagian bahu kanan.

“Pukulan itu mengakibat­kan mangsa cedera sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) bagi mendapatka­n rawatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, semalam.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di HTAJ jam 5.20 petang kelmarin akibat kecederaan yang dialami.

Menurutnya, suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod lampau ditahan di perkaranga­n IPD Sabak Bernam jam 8.50 malam dan direman mulai semalam hingga 14 Disember ini.

Difahamkan, Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor turut ke lokasi kejadian dan menemui besi pencangkuk dalam sebuah bot pukat tunda terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ??
 ??  ?? NG (gambar kecil) maut dipukul adiknya di sebuah jeti di Jalan Lima, Bagan Sungai Besar, semalam.
NG (gambar kecil) maut dipukul adiknya di sebuah jeti di Jalan Lima, Bagan Sungai Besar, semalam.
 ??  ?? NOR Azmi menunjukka­n besi pencangkuk yang dirampas.
Disebabkan tidak berpuas hati, suspek menggunaka­n besi pencangkuk yang berada di lokasi kejadian dan memukul mangsa di bahagian bahu kanan”
Nor Azmi Isa
NOR Azmi menunjukka­n besi pencangkuk yang dirampas. Disebabkan tidak berpuas hati, suspek menggunaka­n besi pencangkuk yang berada di lokasi kejadian dan memukul mangsa di bahagian bahu kanan” Nor Azmi Isa
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia