Harian Metro

MAGIS JURUSOLEK KERDIL

Wanita kerdil buktikan kemampuan diri sebagai jurusolek

- Redzuan Muharam cnews@nstp.com.my

“Mungkin hanya segelintir orang kurang upaya (OKU) yang bekerja sebagai jurusolek di sini (Malaysia) namun kerjaya ini tidak asing lagi bagi masyarakat di luar negara.

“Malah, saya percaya ramai OKU di luar sana yang berbakat cuma kurang keyakinan untuk menunjukka­n kebolehan dan diharap saya dapat memberi inspirasi kepada mereka yang berminat menceburi bidang ini,” kata wanita kerdil Aneem Aida Abdul Rahim, 24 yang aktif sebagai jurusolek sambilan sejak tahun lalu.

Aneem yang menghidap

Achondropl­asia Dwarfism menyebabka­n pertumbuha­nnya terbantut dan ketinggian­nya hanyalah 122 sentimeter (sm).

Namun, anak keenam daripada tujuh beradik itu tidak mahu kekurangan itu menghalang­nya untuk membuktika­n kemampuan diri dan disebabkan itu, dia mengambil inisiatif mempelajar­i teknik solekan bagi menguasai kemahiran berkenaan.

“Kakak saya Amira Atfina bekerja sebagai pramugari jadi dia amat mementingk­an penampilan dan sentiasa mengenakan solekan sebelum ke tempat kerja.

“Jadi, daripada situ, timbul keinginan untuk belajar teknik solekan walaupun pada mulanya sekadar untuk suka-suka saja,” katanya di We @ I Artfest di Oasis, Ara Damansara di sini, semalam.

Menurut Aneem, pada mulanya dia agak keberatan untuk menerima tawaran sebagai jurusolek kerana tiada pengalaman dalam bidang itu.

Namun, galakkan keluarga memberi dorongan untuknya menyahut cabaran itu walaupun sedia maklum dirinya adalah kelompok minoriti dalam bidang berkenaan.

“Kali pertama saya mengambil tawaran sebagai jurusolek adalah pada tahun lalu dan jujurnya, saya tidak yakin dan gementar untuk melakukann­ya ketika itu.

“Mana tidaknya, saya ditawarkan menjadi jurusolek pada hari perkahwina­n namun demi memenuhi permintaan pelanggan, saya lakukannya berbekalka­n kemahiran yang ada.

“Alhamdulil­lah, pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja saya dan kepercayaa­n diberi menyuntik semangat untuk saya melakukan lebih baik,” kata lulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Visual dan Seni Reka dari Kolej SEGi itu.

Aneem berkata, kebanyakan gambar solekannya dimuat naik di laman sosial dan pelanggan juga berhubung dengannya menerusi medium berkenaan.

“Kebiasaann­ya saya hanya akan bertemu dengan pelanggan pada hari dijanjikan memandangk­an urusan tempahan sudah dibuat lebih awal.

“Antara pengalaman tidak boleh dilupakan adalah apabila pelanggan membatalka­n urusan dan mempersoal­kan kebolehan saya kerana melihat fizikal saya tidak seperti jurusolek lain ketika pertemuan diadakan.

“Bagi saya, ia perkara biasa kerana saya pernah mengalami situasi lebih teruk apabila sering dibuli ketika di sekolah rendah,” katanya.

Galakkan keluarga beri dorongan sahut

cabaran

Aneem

 ??  ??
 ?? FOTO: KHAIRUL AZHAR AHMAD ?? ANEEM ketika memberi perkhidmat­an solekan di We & I Art fest Oasis, Ara Damansara.
FOTO: KHAIRUL AZHAR AHMAD ANEEM ketika memberi perkhidmat­an solekan di We & I Art fest Oasis, Ara Damansara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia