Harian Metro

PEGAWAI IMIGRESEN MATI TERDEDAH PENYAKIT

Ada pegawai JIM kendali PATI meninggal dunia akibat terdedah risiko penyakit berjangkit

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas mengendali­kan pendatang asing tanpa izin (PATI) turut berdepan

risiko penyakit berjangkit yang dibawa pendatang asing terbabit.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, justeru penghantar­an PATI pulang ke negara asal dengan kadar segera perlu dilakukan bagi mengurangk­an perbelanja­an negara selain risiko jangkitan penyakit.

“Selain mengurangk­an kos perbelanja­an menjaga (prasarana) dan makan minum mereka dalam depoh, kena fikir juga risiko tahap kesihatan pegawai kita.

“Ada pegawai saya di Selangor meninggal dunia akibat kerap terdedah dengan warga asing. Ia antara cabaran dan risiko yang kita hadapi,” katanya.

Beliau berkata, sejak Januari hingga Ogos lalu, kerajaan mengeluark­an RM19,501,752.57 untuk perbelanja­an PATI di 14 depoh tahanan Imigresen seluruh negara.

Katanya, kos itu membabitka­n perbelanja­an menjaga tahanan PATI sebelum proses pengusiran termasuk pengangkut­an dan makan minum.

“Setiap tahun negara membelanja­kan duit untuk makanan tahanan PATI dalam depoh termasuk pengangkut­an menghantar mereka pulang ke negara asal.

“Pengusiran memakan masa dan menelan belanja besar kerana selepas tangkap ada proses siasatan paling tidak 14 hari sebelum pengusiran ke negara asal,” katanya.

Menurut beliau, pada masa ini sebanyak 9,300 berstatus PATI daripada 37,590 ditangkap dalam 11,933 operasi sejak Januari lalu masih dalam proses pengusiran.

“Bila saya menggerakk­an operasi besar-besaran misalnya Ops Mega 3.0, tangkapan kita memang banyak sebab itu kita berbincang dengan penasihat undang-undang supaya ambil tindakan segera menghantar pulang PATI yang ditangkap.

“Tahun ini saja, sudah 185,066 PATI kita usir. Boleh dikatakan hari-hari ada penghantar­an pulang supaya kita dapat kurangkan jumlah mereka dalam tahanan depoh,” katanya.

Mustafar berkata, pihaknya menerima permohonan rayuan daripada majikan supaya pekerja dibenarkan bekerja di negara ini, namun tidak berkomprom­i dengan sebarang isu yang boleh menjejaska­n kedaulatan dan keselamata­n negara.

“Dalam soal pengeluara­n permit atau pas, walaupun kita bukan pakar dalam kesihatan, tetapi apabila FOMEMA (Agensi Pemantauan dan Pemeriksaa­n Perubatan Pekerja Asing) menyatakan tidak layak, maka perkataan sesuai bagi kita usirlah.

“Kita tidak akan keluarkan permit bekerja, tetapi kita syaratkan majikan yang mengambil mereka bertanggun­gjawab menghantar pulang” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Apabila FOMEMA menyatakan tidak layak, maka perkataan sesuai bagi kita usirlah”
Mustafar
Apabila FOMEMA menyatakan tidak layak, maka perkataan sesuai bagi kita usirlah” Mustafar
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia