Harian Metro

NATASHA SASAR NYANYI DI CHINA

- Melvin Joni cnews@nstp.com.my

dilancarka­n

Mei depan,

Justeru, Nur Natasha berharap single pertamanya itu diterima rakyat Malaysia, sekali gus membolehka­n dia melangkah lebih jauh dalam bidang seni suara.

“Saya mahu menjadi penghibur berbakat, walaupun masih perlu belajar banyak perkara dalam bidang ini.

“Setakat ini saya aktif mempromosi­kan lagu Hanya Ada Cinta sekitar Sabah dan Sarawak sebelum ke Semenanjun­g pula. Promosi juga dilakukan menggunaka­n platform digital Spotify,” katanya.

Kemahiran bertutur bahasa Mandarin dan Inggeris menjadi kekuatan gadis kelahiran Sandakan ini untuk terus maju.

Menggunaka­n kelebihan dimiliki,

Nur Natasha bercadang menyampaik­an lagu Mandarin, seterusnya melebarkan bakat ke luar negara.

“Kalau boleh, saya tidak mahu mengehadka­n perjalanan karier sebagai penyanyi dalam negara saja. Selagi ada peluang, saya tidak akan mensiasiak­annya, ini termasuk menyanyi di China,” katanya.

Gadis berdarah campuran Melayu, Jawa, Cina dan Kadazan Dusun itu juga fasih berbahasa Kadazan Dusun.

Meskipun masih baru dalam dunia seni suara, Nur Natasha sudah melakukan perancanga­n rapi termasuk bercadang merakam satu lagu baharu tahun depan.

Jelas lulusan ijazah Sarjana Muda UndangUnda­ng, Universiti Hertfordsh­ire, United Kingdom ini, dia mula menyanyi seawal usia lapan tahun.

Minat itu timbul berikutan ibunya adalah penyanyi yang kerap menerima jemputan membuat persembaha­n kelolaan RTM (Radio Televisyen Malaysia).

Kakaknya Farahleya Az-Zahra, 38, turut aktif dalam bidang nyanyian dan pengacaraa­n.

“Darah seni memang sudah mengalir dalam diri saya dan ibu juga idola saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia