Sasar 180 daftar dengan SSM setahun
Program Siswapreneur StartupBiz@ CEM, Program Siswapreneur Advance@ UPM ajar asas perniagaan, bidang perniagaan khusus
Katanya, pihaknya menyediakan pelbagai program bagi pelajar yang berminat dengan aktiviti keusahawanan.
Beliau berkata, program disediakan terbuka kepada semua pelajar kerana pihaknya menyasarkan
180 pelajar mendaftar perniagaan mereka dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) setiap tahun.
“Pelajar akan diberi pendedahan kepada Program Siswapreneur StartupBiz@CEM dan Program Siswapreneur Advance@UPM iaitu dua program yang direka untuk mengajar asas perniagaan serta bidang perniagaan khusus.
“Program Siswapreneur StartupBiz@CEM adalah sebuah program yang diperkenalkan kepada pelajar yang ingin memulakan langkah dalam perniagaan dan membentuk minat serta melatih pelajar dalam bidang keusahawanan,” katanya.
Menariknya program yang dijalankan selama empat hari tiga malam itu membabitkan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM), SME Bank dan SSM.
Modul yang dijalankan sepanjang program itu lebih kepada latihan dalam kumpulan (LDK). Antara modul yang diberikan termasuk idea perniagaan dalam kampus, Business Model Canvas (BMC), Rancangan Perniagaan
(RP), Slot Cabaran Keusahawanan, pinjaman perniagaan dan penubuhan syarikat perniagaan.
Dr Mass Hareeza berkata, Slot Cabaran Keusahawanan adalah aktiviti kemuncak program itu yang peserta akan diberikan tugasan dan dijalankan di bandar berhampiran.
Katanya, peserta perlu membuat aktiviti berunsurkan keusahawanan dan membawa sejumlah keuntungan yang ditetapkan.
“Ketika slot ini berjalan, peserta tidak dibenarkan membawa sebarang keperluan peribadi melainkan produk yang diberikan setiap kumpulan.
“Tujuan utama slot ini dijalankan supaya peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dan mendedahkan sedikit sebanyak bidang perniagaan sebenar,” katanya.
Pada akhir program berkenaan peserta akan mendaftar perniagaan bersama-sama SSM, supaya selepas program tamat mereka dapat menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian selain dapat menjana pendapatan sendiri.
Mengulas lanjut, Dr
Mass Hareeza berkata, Siswapreneur Advance@ UPM pula adalah program pembangunan keusahawanan pelajar dan terbuka kepada pelajar yang sudah mempunyai perniagaan.
Katanya, terdapat lapan modul dibangunkan tenaga pengajar dalam bidang keusahawanan dalam program terbabit.
“Antara tujuan utama program ini