Harian Metro

Rangka remaja 8,000 tahun

- Syalikha Sazili cnews@nstp.com.my

 Artifak prasejarah turut dijumpai di Gua Chawan bongkar amalan pengebumia­n lama

Rangka manusia prasejarah yang hampir lengkap berusia antara 6,000 hingga 8,000 tahun ditemui di Gua Chawan, Lembah Nenggiri di Kelantan pada 2 November lalu.

Rangka prasejarah dipercayai seorang remaja perempuan itu ditemui penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama sekumpulan penyelidik sejarah.

Ia membabitka­n pegawai dan kakitangan bahagian Arkeologi, Jabatan Warisan Negara (JWN), penyelidik Jabatan Sejarah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, selain rangka manusia, turut ditemui artifak lain semasa proses ekskavasi arkeologi di kawasan itu.

Berdasarka­n kajian, artifak ditemui antaranya alat litik, sisa makanan berbentuk tulang haiwan, cengkerang siput, brutia costula serta serpihan tembikar tanah.

“Penemuan rangka manusia prasejarah Gua Chawan, Lembah Nenggiri ini jumpaan penting bagi arkeologi negara kerana dapat memberi fakta baru terhadap amalan pengebumia­n dan budaya kehidupan zaman prasejarah di Malaysia.

“Rangka manusia ini ditanam dalam keadaan sedikit terlipat dengan bahagian muka menghala ke utara manakala bahagian lutut ke arah selatan.

“Menurut Jabatan Warisan Negara, rangka ini dipercayai remaja perempuan berdasarka­n tulang pelvis yang dijumpai,” katanya pada sidang media jumpaan rangka manusia prasejarah dan artifak arkelogi di Gua Chawan, Ulu Kelantan di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah JWN, Datuk Dr Zainah Ibrahim.

Mohamaddin juga berkata, rangka terbabit dibawa keluar dari Gua Chawan pada 10 November lalu dan kini ditempatka­n di makmal konservasi JWN bagi kerja merekod dan pemulihara­an.

“Kerja terbabit dijangka akan mengambil masa 60 hari sehingga selesai merangkumi pengambila­n sampel, merekod, pembersiha­n, rekod tarikh, pencantuma­n, pengawalan kelembapan dan suhu serta repositori.

“Segala jumpaan di tapak ini cukup bermakna bagi merungkai budaya masyarakat primitif dan kehadiran manusia prasejarah di sepanjang gugusan gua kompleks batu kapur Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan.

“JWN dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan akan memastikan penemuan ini dijadikan bahan rujukan penting warisan negara serta dapat dipamerkan untuk tontonan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Zainah berkata, satu bangunan warisan dibangunka­n di Gua Musang untuk pameran artifak ini.

“Bangunan warisan itu mungkin dibina pada 2020 dan mengambil masa dua hingga empat tahun sebelum ia dibuka kepada umum,” katanya.

 ?? Mohamaddin ?? RANGKA remaja perempuan yang ditemui di Gua Chawan, Lembah Nenggiri pada 2 November lalu. Rangka ini dipercayai remaja perempuan berdasarka­n tulang pelvis yang dijumpai”
ARTIFAK lain yang ditemui.
Mohamaddin RANGKA remaja perempuan yang ditemui di Gua Chawan, Lembah Nenggiri pada 2 November lalu. Rangka ini dipercayai remaja perempuan berdasarka­n tulang pelvis yang dijumpai” ARTIFAK lain yang ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia