Harian Metro

Shakilla usung perut daki Bukit Tangki

-

Kuala Lumpur: Walaupun usia kandungann­ya mencecah tujuh bulan, pelakon Shakilla Khoriri selamba memanjat Bukit Tangki di FELDA Lurah Bilut, Bentong, Pahang, kelmarin.

Shakilla, 29, atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata, niat melakukan aktiviti lasak itu sudah lama tertangguh sejak disahkan hamil.

“Ketika usia kandungan sebulan, saya mendaki Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia. Namun tak sampai ke puncak kerana keadaan gunung yang tak sesuai untuk keadaan saya ketika itu.

“Sejak hari itu, saya terus menghitung hari bila lagi boleh mendaki atau sekurang-kurangnya memanjat bukit. Perut semakin membesar. Jadi, aktiviti yang boleh dibuat hanya joging.

“Saya minta kebenaran suami, tapi dia tak izinkan. Minta main badminton pun sama. Jadi, kebetulan balik kampung adik bertunang, saya ambil peluang panjat bukit di kawasan kampung,” katanya.

Shakilla yang juga isteri penyampai radio Suria FM, Fizi Ali berkata, suaminya akur dan mengizinka­n memanjat bukit itu.

“Suami tak ikut balik kampung. Ketika joging pada waktu pagi saya beritahu nak panjat bukit. Mungkin kali ini suami izinkan sebab dia tahu saya akan buat juga sebab dia tak ada. Dalam masa sama, suami berdoa dan pesan supaya berhati-hati.

“Lagipun bukit itu tak tinggi dan tak cukup mencabar. Namun, sampai atas muka semua biru,” katanya yang ditemani ibu dan ibu saudaranya ketika memanjat bukit itu.

Ditanya mengenai perasaan berkemungk­inan berdepan risiko ketika aktiviti itu, Killa berkata, dia yakin dengan kemampuan dirinya.

“Sebelum ini saya minta nasihat doktor jika ingin melakukan aktiviti lasak. Doktor beritahu, keadaan wanita hamil tak sama.

“Macam saya, saya tahu kemampuan diri untuk buat sesuatu. Disebabkan itu saya yakin untuk memanjat bukit. Lagipun saya tak paksa diri. Saya hanya buat santai dan perlahan-lahan.

“Tak dapat mendaki gunung, panjat bukit pun jadilah. Alhamdulil­lah, semuanya okay,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia