Harian Metro

27 NYAWA TERSELAMAT

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Drebar bas persiaran ambil tindakan nekad masuk longkang selepas brek gagal berfungsi

Tindakan cekap pemandu bas persiaran yang sengaja melanggar longkang di bahu lebuh raya berjaya menyelamat­kan nyawa 27 penumpang di dalam kenderaan itu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, bas itu mengalami masalah fungsi brek ketika melalui Kilometer 7, Jalan Genting Highlands menghala Kuala Lumpur.

Difahamkan brek bas terbabit gagal berfungsi ketika menuruni laluan berkenaan menyebabka­n pemandunya membuat tindakan drastik dengan memandu bas ke bahu jalan.

Tindakan itu menyebabka­n tayar bas berkenaan masuk ke dalam longkang di tepi lebuh raya berkenaan sebelum berhenti.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya segera menuju lokasi kemalangan sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati tayar di bahagian kiri bas itu terperosok masuk ke dalam longkang. Pemandu memaklumka­n dia menyedari brek bas itu gagal berfungsi ketika menuruni laluan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini. Menurutnya, bas itu tidak dapat meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur berikutan tersadai di laluan berkenaan.

“Semua penumpang bas membabitka­n kakitangan hospital swasta di Ipoh dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

“Kejadian itu turut mengakibat­kan kesesakan di laluan berkenaan kira-kira satu kilometer,” katanya.

 ??  ?? BAS persiaran membawa 27 penumpang tersadai di Kilometer 7 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur selepas tayar masuk ke dalam longkang akibat brek gagal berfungsi, semalam.
BAS persiaran membawa 27 penumpang tersadai di Kilometer 7 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur selepas tayar masuk ke dalam longkang akibat brek gagal berfungsi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia