Harian Metro

Udang hidup umpan ikan besar

-

“Ada kaki pancing sanggup bayar RM1.50 untuk seekor udang hidup bersaiz besar semata-mata untuk mencuba nasib mendapatka­n ikan besar,” kata nelayan, Rani Abdul Rahman, 40.

Menurutnya, kebanyakan kaki pancing tidak berminat dengan udang bersaiz kecil kerana dikatakan tidak boleh menarik ikan besar menyentap mata kail joran mereka.

Katanya, jika sebelum ini umpan umpun-umpun menjadi pilihan kaki pancing tetapi kini udang hidup menjadi buruan mereka kerana didakwa lebih digemari ikan terutama jenis yang bersaiz besar.

Untuk mendapatka­n udang berkenaan, Rani perlu membuat pesanan kepada nelayan lain untuk memastikan yang bersaiz kecil dibiarkan hidup dalam bekas takungan masing-masing sebelum dijual kepadanya.

Menurutnya, udang bersaiz kecil tidak sesuai dijual kepada pelanggan biasa dengan tujuan untuk dimasak, sebaliknya amat berharga bagi penjual udang hidup sepertinya.

“Bagi memastikan udang mampu terus hidup hingga bersaiz besar, saya menyimpann­ya dalam akuarium yang dilengkapi sistem udara sempurna.

“Kaki pancing sekarang tidak berapa mengambil berat mengenai harga udang hidup antara 30 sen hingga RM1.50 seekor kerana yang penting bagi mereka, mata kail jorannya disentap ikan.

“Jika ada pertanding­an memancing, udang hidup akan menjadi buruan kaki pancing sehari sebelum pertanding­an,” katanya ketika ditemui di Balai Nelayan Pengkalan Balak, Masjid Tanah di sini, semalam.

Rani berkata, selain memiliki bau yang mampu menarik kehadiran ikan, udang hidup juga berkilau di dalam air sekali gus mampu menarik kehadiran ikan untuk menyambarn­ya.

 ?? Rani ?? Kaki pancing sekarang tidak berapa mengambil berat mengenai harga, yang penting bagi mereka, mata kail jorannya disentap ikan” RANI menunjukka­n udang hidup yang menjadi buruan kaki pancing di Balai Nelayan Pengkalan Balak, Masjid Tanah.
Rani Kaki pancing sekarang tidak berapa mengambil berat mengenai harga, yang penting bagi mereka, mata kail jorannya disentap ikan” RANI menunjukka­n udang hidup yang menjadi buruan kaki pancing di Balai Nelayan Pengkalan Balak, Masjid Tanah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia