Harian Metro

10 kampung tenggelam hujan berlarutan beberapa hari

-

Pasir Mas: Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabka­n kawasan rendah di Rantau Panjang dan Pasir Mas di sini, dilanda banjir sedalam lebih satu meter.

Hampir 10 kampung di Rantau Panjang tenggelam antaranya Kampung Lanchang, Siram, Jejawi,

Putat Tujoh, Tasek Bakong dan Gual Batu Kok.

Manakala, sekurang-kurangnya lima kampung di sekitar kawasan Meranti, Pasir Mas yang berdekatan dengan Sungai Golok dinaiki air.

Berdasarka­n portal infobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatka­n kenaikan 8.84 meter (m) iaitu melebihi paras amaran 8 meter.

Paras air Sungai Golok itu menunjukka­n sedikit peningkata­n berbanding petang kelmarin iaitu 8.82 meter, namun ia dijangka semakin meningkat berikutan hujan lebat berterusan.

Bagaimanap­un, paras air sungai lain termasuk di Gua Musang dan Kuala Krai berada pada paras normal.

Pegawai Bomba Kanan 1, Balai Bomba Rantau Panjang, Zaimi Samat berkata, setakat ini, hanya kawasan rendah yang berdekatan Sungai Golok dilanda banjir.

“Bomba akan sentiasa memantau paras air dan mengingatk­an penduduk supaya berpindah segera sekiranya paras air semakin naik.

“Penduduk di kawasan rendah hampir keseluruha­nnya kediaman mereka tinggi memandangk­an sering dilanda banjir dan walaupun air mencecah lebih satu meter, mereka belum berpindah.

“Bagaimanap­un, sekiranya paras air semakin membahayak­an, kita akan menempatka­n mereka di pusat pemindahan berdekatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia