Harian Metro

509 diami pusat pemindahan sementara

-

Kuala Terengganu: Hujan lebat melanda negeri ini sejak awal pagi semalam mengakibat­kan jumlah mangsa dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 509 orang membabitka­n 126 keluarga.

Berdasarka­n kemas kini Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Terengganu, sebanyak 11 PPS diaktifkan sejak awal pagi membabitka­n empat daerah terjejas iaitu Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu.

Daripada jumlah itu, Marang dilaporkan paling teruk terjejas apabila seramai 294 mangsa dipindahka­n membabitka­n 75 keluarga ditempatka­n di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Marang, SK Bukit Gasing dan SK Pasir Puteh.

Di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, seramai 190 mangsa kini mendapatka­n perlindung­an di empat PPS iaitu di SK Tok Jembal, Dewan Mengabang Telong, SK Gong Tok Nasek dan SK

Chendering, apabila kawasan perumahan mereka ditenggela­mi air.

Sementara itu, di Setiu seramai 25 mangsa daripada lima keluarga ditempatka­n di tiga PPS iaitu SK Rhu Sepuluh, Balai Raya Taman Hijrah dan SK Telaga Papan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Leftenan Kolonel Che Adam Abd Rahman berkata, banjir yang melanda di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus disifatkan sebagai banjir kilat berikutan penurunan air hujan ke laut berlaku agak perlahan sekali gus mengakibat­kan kawasan perumahan mangsa dinaiki air.

Katanya, berdasarka­n maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, faktor utama banjir di empat daerah di negeri ini semalam berikutan keamatan hujan diterima di beberapa kawasan sangat tinggi sehingga melebihi 100 milimeter (mm) sejak jam 3 pagi.

“JPS turut melaporkan ada sebahagian kecil kawasan terjejas menerima taburan hujan melebihi 200mm, sekali gus mengakibat­kan peningkata­n air mendadak di perumahan penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah,” katanya.

 ??  ?? GURU terpaksa mengharung­i air banjir memindahka­n barangan selepas Sekolah Kebangsaan Seri Budiman dinaiki air setinggi 0.3 meter di Kuala Terengganu.
GURU terpaksa mengharung­i air banjir memindahka­n barangan selepas Sekolah Kebangsaan Seri Budiman dinaiki air setinggi 0.3 meter di Kuala Terengganu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia