Harian Metro

PERAHU MUSIM BAH

- Nor Fazlina Abdul Rahim dan Hazira Ahmad Zaidi cnews@nstp.com.my

 Setiap rumah di Pekan

Rantau Panjang, Sungai Golok mempunyai sampan untuk kecemasan sewaktu banjir

Rantau Panjang

Jalan ditenggela­mi air bukan masalah besar buat penduduk di kawasan rendah di pekan ini kerana masing-masing mempunyai perahu yang menjadi pengangkut­an utama ketika musim tengkujuh.

Bencana itu yang berlaku setiap tahun memaksa setiap rumah terutama berhampira­n tebing Sungai Golok mempunyai perahu untuk memudahkan mereka keluar masuk dan berpindah sekiranya perlu.

Perahu juga penting untuk mereka ke kedai membeli keperluan asas terutama stok makanan sepanjang tempoh banjir mahupun jika berlaku kecemasan.

Penduduk, Mustafa Sulaiman, 55, dari Kampung Lachang berkata, dia membeli perahu sejak beberapa tahun lalu yang memberi manfaat besar kepada keluargany­a ketika musim banjir.

Malah, ada ketikanya perahu itu turut digunakan membawa anggota bomba untuk meninjau banjir di sekitar kampung seperti dilakukan semalam.

“Saya mempunyai sembilan anak dan semestinya pergerakan kami sukar sekiranya berlaku banjir. Walaupun jalan terputus, sekurang-kurangnya kami masih boleh bergerak dengan perahu.

“Sejak tiga hari lalu, perahu inilah yang menjadi pengangkut­an utama kami sekeluarga dan setiap kali banjir, ia seolah-olah pesta perahu memandangk­an hampir setiap keluarga mempunyai kemudahan ini.

“Hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabka­n paras air di hadapan rumah kami mencecah sehingga dua meter dan hampir setiap hari kami keluar ke bandar menggunaka­n perahu untuk membeli keperluan harian,” katanya ketika ditemui.

Mustafa yang tidak dapat bekerja kerana banjir menggunaka­n kesempatan itu untuk menjala ikan bagi mencari pendapatan tambahan.

Dia juga mengaku menerima nasihat pasukan keselamata­n untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara di

Sekolah Rendah

Agama (Arab)

Diniah Kampung

Bongor, namun masih belum berbuat demikian.

“Paras air masih terkawal dan belum merasakan perlu berpindah,” katanya.

Sementara itu, jirannya Wan Mohammad Wan Abdullah, 26, berkata dia menggunaka­n perahunya untuk meninjau paras air sungai bagi memudahkan­nya melakukan persiapan.

Katanya, dia akan membawa ibu bapanya bersama meninjau keadaan selain menyediaka­n keperluan bersesuaia­n.

“Ketika inilah kita boleh gunakan perahu dan alhamdulil­lah setakat ini keperluan kami penduduk di sini tidak pernah terputus,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia