Harian Metro

Dah boleh lalu

-

 Jambatan Kampung Pemberian sudah boleh digunakan

tadi (kelmarin) jambatan ini sudah boleh digunakan,” katanya. Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkina­n jambatan itu mungkin akan ditenggela­mi semula berikutan musim tengkujuh.

“Penduduk di sini sudah biasa dengan kejadian seperti ini yang berlaku setiap tahun,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan jambatan Kampung Pemberian ditenggela­mi air kali keempat sejak awal bulan ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. Cuti pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dibekukan sehingga penghujung tahun ini sebagai persiapan menghadapi banjir.

Pengarah JBPM Kelantan Nazili

Mahmood berkata, langkah itu diambil untuk memastikan bomba dapat memberi perkhidmat­an terbaik.

Katanya, bagaimanap­un keadaan banjir di negeri ini masih lagi terkawal dan belum ada pemindahan.

“Ketua Pengarah

JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid sudah mengeluark­an arahan supaya cuti dibekukan sehingga 31 Disember ini untuk hadapi banjir.

“Kini, 1,475 keseluruha­n bomba, termasuk bomba bantuan dan sukarela negeri ini sudah bersedia untuk menjalanka­n operasi di kawasan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan JBPM Kelantan di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya sudah membuat persiapan rapi dari segi logistik dan keanggotaa­n untuk menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Biarpun keadaan masih terkawal, mereka kini sudah ditempatka­n di lokasi strategik dan boleh digerakkan pada bila-bila masa.

“Kami memiliki lebih 51 bot , lapan lori, empat pacuan empat roda dan 1,242 unit jaket keselamata­n yang digunakan untuk operasi menyelamat,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Nazili turut menasihatk­an orang ramai terutama ibu bapa memantau pergerakan anak-anak.

“Kita sedar biasanya ketika musim tengkujuh masih ada yang bermain air banjir.

“Pastikan mereka bermain di kawasan selamat dengan memakai jaket keselamata­n,” katanya.

 ??  ?? J AM BATAN Ka m p u n g Pe m b e r i a n .
J AM BATAN Ka m p u n g Pe m b e r i a n .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia