Harian Metro

The Edge Communicat­ions peroleh ganti rugi RM11.2 juta

-

Kuala Lumpur: Syarikat penerbitan The Edge Communicat­ions Sdn Bhd memperoleh ganti rugi RM11.2 juta berhubung penggantun­gan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily oleh Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) selama tiga bulan pada 2015.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norazlin Othman dalam keputusann­ya semalam, memerintah­kan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri membayar ganti rugi RM11,260,350.00 kepada dua penerbitan The Edge itu.

Beliau membuat keputusan itu ketika prosiding taksiran ganti rugi di dalam kamarnya, di sini.

Selain itu, mahkamah turut memerintah­kan KDN dan Menteri Dalam Negeri selaku responden membayar faedah empat peratus bermula 27 Julai 2015 sehingga penyelesai­an penuh kes berkenaan.

Peguam Persekutua­n, Shaiful Nizam Shahrin hadir bagi mewakili KDN dan Menteri Dalam Negeri manakala peguam Amanda Loh mewakili The Edge.

The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung penerbitan selama tiga bulan bermula 27 Julai 2015 selepas mengeluark­an laporan mengenai isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pada 9 Ogos 2017, Mahkamah Persekutua­n memutuskan bahawa The Edge boleh menuntut ganti rugi daripada Menteri Dalam Negeri untuk kerugian yang dialami berhubung penggantun­gan dua penerbitan­nya.

Mahkamah Persekutua­n terdahulu menolak rayuan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha KDN untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarka­n The Edge menuntut ganti rugi daripada kedua-dua pihak.

Oleh itu kes berkenaan dikembalik­an ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi. Shah Alam: Sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini berikutan banjir yang membabitka­n 220 mangsa setakat jam 2 petang, semalam.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata, PPS yang dibuka membabitka­n dua daerah iaitu Kuala Selangor dan Hulu Langat.

Ia susulan limpahan air sungai berikutan hujan lebat yang tidak menentu sejak minggu lalu sehingga menyebabka­n banjir.

“Sebanyak tiga PPS dibuka di Kuala Selangor sejak minggu lalu. Ia membabitka­n Sekolah Kebangsaan (SK) Pasangan, Kampung Kuantan yang dibuka sejak 5 Disember lalu, SK Seri Gambut Tanjong Karang (10 Disember) dan Dewan Orang Ramai Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya (14 Disember).

“Di Kuala Selangor sebanyak 63 keluarga membabitka­n 204 mangsa terjejas dalam kejadian banjir sejak minggu lalu.

“Bagi dua lagi PPS di Hulu Langat, ia dibuka sejak semalam di Balairaya Kampung Sentosa dan Pusat Aktiviti Masyarakat Kampung Rinching Hulu membabitka­n lima keluarga dengan jumlah 16 mangsa,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, sebanyak enam pam banjir beroperasi di Kuala Selangor bagi mempercepa­tkan kerja pengepaman air banjir ke sungai.

“Kami akan tambah tiga pam banjir bagi perancanga­n masa pendek susulan hujan setiap hari dan paras air Sungai Selangor juga tinggi ketika ini.

“Bagi perancanga­n jangka panjang, projek yang mengunakan screw pump akan diuji cuba Rabu ini.

“Sebanyak tiga pam akan digunakan dalam projek ini dan ia akan diletakkan di rumah pam Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) di Kampung Asahan,” katanya.

Ahmad Fairuz berkata, pihaknya akan sentiasa memantau keadaan semasa banjir bagi memastikan keselamata­n penduduk di negeri ini terjamin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia