Harian Metro

Kayuhan ibadat

- Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

 Empat warga emas sahut misi tunai haji dengan berbasikal

“Niat kami mahu menunaikan haji dengan cara tersendiri selain buktikan kepada rakyat Malaysia terutama orang muda bahawa bukan semua warga emas itu menyusahka­n.

“Sebenarnya warga emas pun boleh buat apa saja yang mereka suka dan berbakti kepada masyarakat,” kata Che Saad Noordin, 68.

Dia bersama tiga lagi penunggang berkayuh ke Makkah, Arab Saudi menerusi Ekspedisi Hujj@Road 2 Hujj 2019 pada penghujung Februari depan.

Penunggang lain ialah pengayuh solo tertua negara, Wan Hashim Wan Mahmood, 72, Muhamed Zainol Abidin, 62, dan Abdul Halim Talha, 51.

Menurut Che Saad, kayuhan sejauh 11,365 kilometer (km) itu akan merentasi Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu UAE dan seterusnya Arab Saudi.

“Kami akan manfaatkan pengalaman masing-masing dalam arena berbasikal ini untuk menempuh pelbagai rintangan semasa perjalanan.

“Laluan agak mencabar, jadi kami sudah bersedia dengan segala kemungkina­n termasuk cuaca buruk seperti hujan, kemarau, ribut dan banjir.

“Sebagai persediaan, kami melakukan latihan dengan berkayuh sejauh 30 hingga 40km setiap hari. Latihan dilakukan bersama penunggang lain atau secara solo atas inisiatif sendiri,” katanya.

Menurutnya, maklumat berkaitan ekspedisi itu akan sentiasa dikemas kini di Facebook rasmi, Kayuhan Ke Mekah.

Katanya, ekspedisi berkenaan turut mendapat kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Lembaga Tabung Haji dan Kedutaan Malaysia di negara yang dilalui dalam kayuhan itu.

 ?? FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN ?? MUHAMED, Wan Hashim, Che Saad dan Abdul Halim menunjukka­n kertas kerja misi kayuhan ke Makkah Ekspedisi HUJJ@ROAD 2 HUJJ 2019.
FOTO: HALIMATON SAADIAH SULAIMAN MUHAMED, Wan Hashim, Che Saad dan Abdul Halim menunjukka­n kertas kerja misi kayuhan ke Makkah Ekspedisi HUJJ@ROAD 2 HUJJ 2019.
 ??  ?? KEMBARA berbasikal akan menjelajah sejauh 11,365 kilometer.
KEMBARA berbasikal akan menjelajah sejauh 11,365 kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia