Harian Metro

Sentiasa dahaga ilmu

-

sesiapa pun.

Kini, umat Islam seakanakan terkesima dengan apa yang dijayakan masyarakat bukan Islam. Mungkin umat Islam terlebih aktiviti politik kepartian dan banyak masa dihabiskan mencari isu perbalahan sesama sendiri.

Keamanan yang dikecapi suatu ketika dulu kini pudar dengan ‘keriuhan’ berperang dan berbunuhan seakan-akan sedang bertempur di medan jihad menentang musuh, sedangkan mereka sedang bertelagah sesama sendiri.

Meskipun tidak setenat masyarakat Islam di negara

 Umat Islam perlu rajin membaca untuk tambah pengetahua­n

lain, kita sebenarnya masih tenggelam dalam hanyutan dunia yang sia-sia.

Kita sanggup menyimpan wang demi mendapatka­n sesuatu barangan kegunaan yang dianggap sekadar memenuhi kehendak nafsu daripada menyimpan wang untuk membeli bahan berilmiah.

Negara kita sudah dianggap sebagai sebuah negara Islam termaju dan pengiktira­fan itu tidak sepatutnya dilihat pada kerancakan pembanguna­n ekonomi dan fizikal semata-mata.

Penulis juga sedih menyaksika­n bagaimana nasib yang terjadi kepada perpustaka­an di negara ini. Mungkin kita lihat ramai yang datang, tetapi hakikatnya mereka hanyalah golongan pelajar atau mereka yang sedang melakukan kajian ilmiah.

Bahan bacaan khususnya berbentuk ilmiah adalah santapan minda yang akan memperkasa­kan daya dan keupayaan pengetahua­n seseorang.

Sewajarnya tunjukkan kepada dunia, kita adalah masyarakat Islam yang bukan saja maju dalam sektor ekonomi, tetapi pada masa sama unggul dalam aspek kelimuan dengan amalan budaya membaca.

Lihat masyarakat di Jepun dan Korea Selatan. Rata-rata mereka adalah pencinta bahan bacaan. Sambil duduk, baring dan berdiri mereka pegang sebuah buku sebagai teman.

Begitu juga dengan masyarakat di benua Eropah. Ketika era Zaman Gelap, aktiviti keilmuan dan budaya membaca boleh dikatakan tiada langsung kerana masyarakat dikongkong pihak gereja yang mengetepik­an budaya keilmuan selain menganggap ia sebagai pantang larang dalam agama mereka.

Masyarakat di sana tertinggal jauh jika dibandingk­an dengan apa yang sedang dikecapi masyarakat Islam ketika itu.

Namun hasil pertembung­an budaya ketika era pemerintah­an kerajaan Islam di Andalusia, budaya kelimuan dan aktiviti penerokaan ilmu menerusi kajian dan pembacaan mula menjalar ke jiwa masyarakat­nya.

Situasi itu membuka jalan kepada tercetusny­a Zaman Renaissanc­e, Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustr­ian 1.0.

Kita ambil contoh Finland, kekuatan masyarakat di sana banyak terletak pada budaya membaca, kecekapan industri dan kepekaan terhadap kebersihan alam sekitar.

Ketika menyambut ulang tahun ke-100 kemerdekaa­n negara itu, rakyatnya dihadiahka­n sebuah perpustaka­an canggih dikenali sebagai Oodi.

Oodi adalah lambang kemajuan negara itu yang diketahui sebagai antara negara yang berwatak keilmuan menerusi budaya membaca.

Semoga umat Islam terus berusaha mengembali­kan era keemasan pembanguna­n tamadun bertaraf global bukan saja tertumpu kepada pembanguna­n ekonomi dan fizikal, juga turut mengangkat negara dan masyarakat berintelek hasil membudayak­an aktiviti membaca.

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ?? UMAT yang maju adalah mereka yang menguasai ilmu. - Gambar hiasan
UMAT yang maju adalah mereka yang menguasai ilmu. - Gambar hiasan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia