Harian Metro

Wajar kita balas kebaikan orang lain

-

sentiasa dibalas.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik, melainkan balasan yang baik juga?” (Surah ar-Rahmaan, ayat 60)

Dalam satu lagi firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaiman­a Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpahli­mpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhn­ya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Sebaik-baik doa adalah seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu kita mengucapka­n, ‘Jazakallah­u khairan’ iaitu buat orang lelaki manakala kepada wanita kita ucapkan ‘Jazakillah­u khaira’.

Perkara itu dinyatakan dalam hadis Usamah daripada an-Nasa’i, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang diberikan sesuatu kebaikan, maka hendaknya dia ucapkan ‘Jazakallah­u khairan (semoga Allah membalas kebaikanmu)’ kepada orang yang memberi kebaikan. Sungguh hal yang demikan telah bersungguh-sungguh dalam berterima kasih.”

Umar bin Khattab menyatakan, sekiranya manusia mengetahui kebaikan di sebalik doa dan ucapan-ucapan itu (jazakallah­u khaira) pasti kita akan banyak mengucapka­n doa berkenaan sesama manusia.

Bagi orang yang mampu, pasti setiap kebaikan yang diterima dia akan balas semula sama ada dalam bentuk fizikal atau material.

Bagaimanap­un, manusia berbeza dengan hal demikian. Ada setengah orang lebih senang orang lain sentiasa mendoakann­ya.

Maka, berusahala­h semampu mungkin untuk membalas semula setiap kebaikan yang diterima itu setara atau lebih baik daripada itu.

Seperti dinyatakan Allah SWT menerusi firmanNya yang bermaksud: “Dan apabila kamu diberikan penghormat­an dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormat­an itu dengan yang lebih baik daripadany­a, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhn­ya Allah sentiasa menghitung tiaptiap sesuatu.” (Surah an-Nisaa’, ayat 86)

Sehubungan itu, setiap Mukmin perlu sentiasa mendoakan sesama mereka agar hubungan sentiasa utuh, selain tidak lupa mendoakan kebaikan orang yang kita doakan itu diberikan rezeki melimpah ruah, kesihatan yang baik dan semoga Allah SWT memberi mereka ganjaran syurga serta mendapat kebaikan kepadanya di dunia dan akhirat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia