Harian Metro

Diskaun 50%

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

 Kaunter bayaran polis trafik lengang walaupun ada tawaran potongan saman

Lengang dan sunyi. Itu keadaan sekitar kaunter bayaran saman trafik tertunggak di Balai Polis Trafik Tun HS Lee, semalam, walaupun polis menawarkan diskaun sehingga 50 peratus.

Tinjauan mendapati kaunter bayaran saman trafik tertunggak berkenaan suram dan tidak mendapat sambutan ramai.

Berdasarka­n pemerhatia­n, hanya terdapat beberapa individu sahaja yang muncul bagi memanfaatk­an tawaran diskaun saman trafik 50 peratus ditawarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Malah, jumlah petugas kaunter jauh lebih ramai daripada orang ramai yang datang untuk menjelaska­n saman tertunggak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kaunter bayaran saman yang menawarkan diskaun kompaun sehingga 50 peratus itu dibuka selama empat hari bermula semalam sehingga Khamis.

Katanya, ia dibuka sempena Hari Bersama Pelanggan yang dijalankan oleh JSPT Kuala Lumpur bagi membolehka­n orang ramai mendapat maklumat terkini atau berkongsi pandangan yang mungkin boleh digunakan untuk meningkatk­an kualiti khidmat pada masa akan datang.

“Kaunter ini kita buka selama empat hari dari jam 8.30 pagi sehingga jam 4 petang setiap hari.

“Bagaimanap­un, sambutan pada hari pertama sehingga jam 1 tengah hari tadi kurang memuaskan berikutan petugas kaunter jauh lebih ramai daripada individu yang datang untuk mendapat diskaun saman trafik yang tertunggak,” katanya.

Menurut Zulkefly, tawaran diskaun kompaun itu terbuka bagi kesalahan trafik dilakukan di seluruh Malaysia dan tidak tertakluk pada saman di keluarkan oleh trafik Kuala Lumpur semata-mata.

 ??  ?? KEADAAN Balai Polis Trafik Tun HS Lee yang lengang walaupun polis trafik menawarkan diskaun 50 peratus.
KEADAAN Balai Polis Trafik Tun HS Lee yang lengang walaupun polis trafik menawarkan diskaun 50 peratus.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia