Harian Metro

PATI diburu penjenayah pula sangkut

-

Kuala Lumpur: Pendatang haram diburu namun sebaliknya sekumpulan penjenayah warga Nigeria dan Uganda, Afrika yang diberkas polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, seramai 15 suspek warga Nigeria termasuk dua wanita serta seorang wanita warga Uganda ditahan polis dalam tiga operasi bersepadu dilakukan di sekitar pusat bandar ini bermula Rabu lalu hingga semalam.

Menurutnya, semua suspek terbabit didapati ada kaitan dengan tujuh kes penipuan.

“Dalam operasi sama, seramai 425 pendatang asing tanpa izin (PATI) turut ditahan hasil serbuan di Kompleks Kota Raya, Pasar Pudu, Jalan Chiku, Jalan Silang, Taman Pusat Kepong, Chow Kit, Desa Kiara, Jalan Klang Lama Batu 5, Jalan Genting Klang, Brickfield­s, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Wangsa Maju, Jalan Gajah Pudu, Cheras dan Dang Wangi.

“Warga asing ditahan membabitka­n 394 lelaki serta 31 wanita yang terbabit dalam pelbagai kesalahan. Mereka adalah warga Bangladesh, Myanmar, Indonesia, India, Pakistan, Nepal, Filipina, Zimbabwe dan Sri Lanka,” katanya.

Mazlan berkata, operasi itu dijalankan oleh Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) bersama jabatan lain Kontinjen Polis Kuala Lumpur bersama Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Semua yang ditahan dibawa ke lokap berpusat Jinjang, lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan lokap IPD Cheras untuk tindakan lanjut.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), manakala 15 warga NIgeria dan Uganda terbabit turut ditahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius terhadap isu kebanjiran (PATI) di Kuala Lumpur.

 ??  ?? ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu dilancarka­n di sekitar Kuala Lumpur.
ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu dilancarka­n di sekitar Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia