Harian Metro

3 jam selamat lembu

- Mohd Fahmi Mohd Yusof cnews@nstp.com.my

Anggota bomba bertungkus lumus hampir tiga jam bagi menyelamat­kan seekor lembu yang terjatuh dan terperangk­ap dalam loji air di Jalan Sukun, Kampung Pasir di sini.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, lembu itu terjatuh ke dalam loji sedalam 1.5 meter.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Mohd Tarmizi Ishak, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.40 malam sebelum bergegas ke lokasi.

“Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berkenaan.

“Operasi tamat pada jam 1.46 pagi tadi (semalam) dan lembu berkenaan dikeluarka­n dengan selamat sebelum diserahkan semula kepada pemiliknya,” katanya. Lelaki warga Jepun, Akihiro Noda, 25, cedera pada punggung dan retak rusuk kiri akibat terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu di sini, jam 9 malam, Sabtu lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia (JPBM)

Sarawak Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 1.22 tengah hari kelmarin dari Pusat Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan.

Katanya, selepas menerima maklumat itu, anggota Unit Udara Bomba yang berpangkal­an di Miri dimaklumka­n bagi menyelamat­kan mangsa yang berada di Kem 4, Gunung Mulu.

“Laluan di kawasan gunung menyukarka­n pasukan mencari dan menyelamat (SAR) membawa mangsa turun menggunaka­n laluan darat,” katanya.

 Haiwan ternakan jatuh loji air sedalam 1.5 meter

 ??  ?? PANDEYAN (kiri) dan Ameer Noraizeedi­n didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping, semalam. ANGGOTA bomba menyelamat­kan lembu yang terjatuh ke loji air sedalam 1.5 meter di Jalan Sukun, Kampung Pasir, Johor Bahru, semalam.
PANDEYAN (kiri) dan Ameer Noraizeedi­n didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping, semalam. ANGGOTA bomba menyelamat­kan lembu yang terjatuh ke loji air sedalam 1.5 meter di Jalan Sukun, Kampung Pasir, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia