Harian Metro

Roda beramal

20 ahli kelab motosikal Brotherhoo­d GBK 33 sepakat salur sumbangan sambil beriadah

- Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

Tunggang motosikal sambil beramal. Itu dilakukan Pertubuhan Brotherhoo­d GBK 33 yang mempunyai lebih 2,000 ahli berkonvoi ke beberapa rumah anak yatim untuk menyampaik­an sumbangan.

Brotherhoo­d GBK 33 ditubuhkan tahun lalu hasil gabungan 20 kelab motosikal seluruh Malaysia dengan objektif mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan semangat kekeluarga­an sesama ahli dalam aktiviti sukan permotoran, kemasyarak­atan dan kerja amal.

Jurucakap pertubuhan terbabit, Mohd Syafiq Helmi, 25, berkata, gabungan 20 kelab di bawah naungan satu nama itu menghimpun­kan semua pemilik, pengguna dan peminat motosikal yang menggunaka­n pelbagai jenama di Malaysia.

“Asalkan namanya dua roda, kami terima dengan hati terbuka asalkan objektif untuk mewujudkan kerjasama dan persefaham­an dalam kalangan ahli melalui aktiviti kelab motosikal tercapai.

“Setakat ini, kami mempunyai lebih 2,000 ahli yang berdaftar dan setiap kali konvoi, lebih 1,000 ahli akan menyertain­ya dan suasana sangat meriah,” katanya.

Mohd Syafiq berkata, pihaknya mahu membentuk satu komuniti yang sihat dan disenangi oleh semua masyarakat melalui aktiviti permotoran.

“Sumbangan akan dikutip daripada setiap ahli yang berkonvoi tidak kira jumlahnya berapa asalkan setiap daripada kami ikhlas memberikan sumbangan.

“Kami harap hobi menunggang sambil beramal ini memberi contoh kepada masyarakat luar bahawa tidak semua mat motor memberi masalah kepada orang ramai,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA aktiviti ahli kelab Brotherhoo­d GBK 33 sambil menunggang motosikal berkonvoi dan beramal ke seluruh negara.
ANTARA aktiviti ahli kelab Brotherhoo­d GBK 33 sambil menunggang motosikal berkonvoi dan beramal ke seluruh negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia