Harian Metro

Tidak terima bekas pemimpin UMNO sertai PKR

-

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengulangi pendiriann­ya tidak akan menerima bekas pemimpin UMNO yang ingin menyertai parti itu kerana tidak yakin mereka akan membawa agenda reformasi kepada negara. Wan Azizah

yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) turut melahirkan lebih keyakinan kepada individu yang menyertai PKR sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kerana jelas pihak berkenaan menyokong agenda reformasi.

“Pada masa sekarang kami tak terima kalau UMNO. Siapa yang bersama kami sebelum pilihan raya beri lebih keyakinan mereka mahu reformasi.

“Yang lain, kami kena tengok. Kami perlu engage dengan mereka. Rakyat menukar kerajaan untuk lakukan reformasi dalam negara.

“Itu ialah asas kepada sebarang pertimbang­an,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas persidanga­n Dewan Negara, semalam.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, PKR tidak akan mempertimb­angkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO menyertai parti itu walaupun ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan.

Baru-baru ini, enam lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumka­n keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sementara pada 12 Disember lalu hampir keseluruha­n barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri dan dua senator mengumumka­n keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

 ??  ?? WAN Azizah
WAN Azizah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia