Harian Metro

Izzah ada sebab undur diri

 PM enggan ulas tindakan Nurul Izzah lepas jawatan

- Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my

Beliau (Nurul Izzah)

mesti ada sebab tertentu

Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatka­n peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden PKR dilakukan berdasarka­n sebab tertentu.

Perdana Menteri bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan pada masa sama mengakui tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku dalam parti berkenaan.

“Beliau (Nurul Izzah) mesti ada sebab tertentu,” katanya ketika ditemui media selepas sesi dialog Perdana Menteri bersama 50 pemain industri anjuran Kumpulan Industri Kerajaan Untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang ditemui pada majlis sama berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Nurul Izzah bagi mendapatka­n penjelasan lanjut tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melepaskan semua jawatannya semalam.

“Saya baharu saja menerima berita itu pagi ini. Saya akan berjumpa dengannya untuk bertanyaka­n apa yang berlaku,” katanya.

Semalam, Nurul Izzah dalam kenyataann­ya melepaskan semua jawatannya dalam PKR termasuk

Naib Presiden dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Selain itu, Nurul Izzah turut melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankua­sa Pe- merkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia