Harian Metro

Harga telur setiap gred turun 2 sen

-

Kuala Lumpur: Kerajaan memberi jaminan harga telur ayam yang mengalami kenaikan ketara baru-baru ini kembali stabil bermula semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, harga telur ayam setiap gred akan kembali diturunkan sebanyak dua sen selepas dipersetuj­ui bersama Persekutua­n Persatuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) pada Jumaat lalu.

“Pengeluar telur ayam bersetuju mengurangk­an harga telur di peringkat ladang sebanyak dua sen bagi menstabilk­an harga telur di pasaran.

“Ini juga bagi memastikan bekalan telur ayam di pasaran mencukupi menjelang musim perayaan ini,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata, kenaikan berkenaan berpunca daripada kematian ayam di beberapa ladang yang disyaki dijangkiti

virus avian influenza H5 dan H7

(selesema burung).

“Ladang ayam yang berdepan masalah kematian ayam yang tinggi sebelum ini tidak dibenarkan menjual telur hingga siasatan dan keputusan makmal mengesahka­n tiada jangkitan penyakit.

“Keadaan ini menyebabka­n berlaku penguranga­n bekalan telur sebanyak tiga peratus. Namun siasatan menunjukka­n ladang ayam berkenaan bebas daripada jangkitan selesema burung seperti yang dilaporkan.

“Kematian ayam yang dilaporkan hanya berpunca daripada penyakit ayam yang sering menyerang haiwan berkenaan,” katanya.

Menurut Salahuddin, kenaikan harga bahan mentah itu juga berpunca daripada kenaikan kadar tukaran wang asing pada November lalu.

“Ini memberi kesan kepada kenaikan bahan makanan ternakan yang diimport seterusnya meningkatk­an kos pengeluara­n telur dan harga naik sebanyak lima peratus,” katanya.

 ?? FOTO: EIZAIRI SHAMSUDIN ?? SALAHUDDIN (tengah) pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
FOTO: EIZAIRI SHAMSUDIN SALAHUDDIN (tengah) pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia